iklan

Followers

Pages

Friday, 26 August 2011

Bermaaf-maafan dengan para guru


Chatting aku dengan adinda Amy, Cik Mell tadi di fb

Ramai yang tak ke sekolah ke hari ni?? Anak-anak aku pun mulanya minta izin tak nak ke sekolah pagi ni. Tak belajar katanya. Cikgu pesan tak payah bawa beg tapi boleh kalau nak bawa buku cerita.

Aku nasihatkan anak-anak ke sekolah hari ini sebab hari ini hari terakhir puasa kat sekolah. Dah tentu sebelum balik akan ada sessi bermaaf-maafan dengan para guru.

Aku nak anak-anak aku menikmati pengalaman tu. Pengalaman menyentuh tangan para guru yang mendidik mereka. Umpama memohon restu agar diberkati segala ilmu yang diberi. Tunjukkan wajah agar guru cam mereka sambil memohon maaf atas kesilapan yang lalu.

Ianya mungkin kelihatan mudah bagi sesetengah orang tapi bagi aku ianya punya nilai murni yang mampu menyerap ke dalam hati anak-anak. Insyaallah!

Semangat bermasyarakat dan belajar memohon maaf dan memaafkan yang diterap secara tidak lansung dalam acara akhir di sekolah nanti. Mungkinkah kita dapat memberi pengalaman ini di rumah?

6 comments:

gadizgula said...

mmg best saat kita bersalam-salaman dgn cikgu2 & kwn2... how i miss that moment..

p/s: semua ciptaan Allah itu cantik.. kita hanya manusia biasa.. ;D

Liza @ Adzriel AB said...

gadizgula : terasa kemeriahannya

YanaMIB said...

ramai parents x terpk psl ni..sbb majoriti mcm soh ank cuti je..tmbh2 yg skolah rendah.."alah cikgu bkn ajar pon..cikgu pn balk kg..cuti je" hehe~ kena ubh mentaliti parents lah cemni =)

Liza @ Adzriel AB said...

YanaMIB : kdg2 terfikir mcm tu juga kalau ikut rasa malas ni lah. tapi bila ingatkan semula nilai2 murni yg takkan dpt ditempat lain, maka galakkan anak ke sekolah juga.

Aku Ibu Muda said...

wani dulu selagi tak sakit sampai tak boleh nak bangun, jangan harap lah nk ponteng sekolah.

Adinda Amy Sensei said...

emmm....hai kak liza....seronok sudahhhhhh cutiii..hehehe....mauuuu beraaayyyyaa....