iklan

Followers

Pages

Thursday 25 August 2011

Jaga duit raya takut kena pau nanti!

Gambar google

Walau pun dah tua-tua beranak 5 ni ada juga aku buat kerja 'pau' orang sekali-sekala. Saja nak buat pendapatan sampingan. Amboi! Macam tak ada kerja lain selain daripada menge'pau' orang agaknya.

Orang yang aku 'pau' duit ni bukannya orang lain pun. Anak aku sendiri je. Ceh! Bunyi macam kejam ajekan. Seorang ibu telah' pau' duit anaknya sendiri. Boleh jadi tajuk berita yang menimbulkan kemarahan di kalangan para ibu.

Kadang-kadang tu geram juga bila ada yang lupa gosok baju sekolah, sidai tuala merata tempat, baju kotor tak letak elok-elok dalam bakul atau tak kemas tempat tidur. Jadi 'pau' duit anak adalah antara denda yang buat pada mereka. Bila mood kejam datang, aku pau diaorang RM5 jika melakukan kesalahan. Kalau tidak RM3, RM2 atau RM1. Lagi baik hati tak payar bayar! Sengihlah anak aku kegembiraan sebab selamat duit diaorang.

Biasanya duit-duit tu aku guna untuk diaorang semula. Biasanya belanja makan le. Mana yang kurang tu aku top-up la. Kadang-kadang aku masuk tabung je.

Bukan selalu pun aku 'pau' diaorang. Sekali-sekala menggertak je. Yang bestnya anak-anak tak ambil hati pun sebab diaorang tau nanti aku tentu belanja diaorang makan. Siapa yang buat salah tu tersengih-sengih je la. Nasib le kan! Tak mau kena pau, sila gosok baju sekolah kalian dengan segera sebelum mama terpaksa cover line menggosokkannya.

Itu cara aku sekali-sekala bergurau dengan anak-anak. Diaorang siap tawar menawar dengan aku. Adakalanya diaorang dapat diskaun, adakalanya senyum kelat mengiringi semasa duit bertukar tangan. Ayat yang biasa aku bagi kat diaorang "Biasalah mama tengah pokai ni rasa macam nak 'pau' duit orang je!"... He..he..!

Jom beli mamee kat SINI, pujuk anak-anak! Makan sambil tengok TV.

p/s : Lepas raya nanti mesti banyak boleh 'pau'. Aku dah warning anak-anak! "Lepas raya korang ada banyak duitkan! Jaga-jaga jangan buat silap sikit pun..ha..ha..!"

9 comments:

Unknown said...

hhahaah...
kejam melampaui ni...
mesti anak2 seram je bila kak liza lalu depan depa...
takut buat salah..

tapi bagus jugak kak..
bagi depa sentiasa beringat...
nak guna tektik memukul merotan ni dah tak boleh guna kat zaman la ni..
kena guna cara lain...

umiawadah said...

ha ha ha...saya tak leh dah pau duit raya anak2 yang dah besar...makan kuih pau je lah nanti...biasa2 dolu2 diorang kecik pau sikit sorang buat isi minyak kereta...dah nak jalan2 mesti isi minyak....ha ha ha terukkan..

jeBateja said...

aiyaaaaa.....ini mcm kena berguru dgn akak ni....cara mengepau yg baik....ahakz

tim_fs said...

wah..dasat la akak...peraturan baru ni kak...bagus juga tuk ajar anak2...

Ibu Muda 30series said...

best jugak kan cara ni...

Suara Kalbu said...

Hahahahahhaah.. Kak Liza, ada anak bleh la pau duit raya diorang..

Saya ni nak pau duit sapa ? Lagi kena pau dengan anak buah ada la huhuh

Ct Aja said...

wah cam main game plak, seronok gak...hi3

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, dalam umah pown ada polis laa.. siap saman lagi.. HAHA


MySuaraBlog: Larangan Untuk Pengantin Perempuan

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

sungguh kejam mama die ne kn.. hehe.. tapi ni la cara terbaik untuk mendidik anak2 kn kak :)