iklan

Followers

Pages

Wednesday, 24 August 2011

Macam-macam malangnya hari ini!

Dugaan ye aku hari ni...

1) Gas dapur habis masa nak panaskan lauk bersahur. Kononnya adalah tong gas extra tapi bila dipasang gasnya tak nak keluar pulak. Malas nak terus melayan, goreng ajelah nugget kesukaan anak aku, Azri guna dapur elektrik. Selalu aku guna untuk bakar ikan atau buat burger je. Lauk-lauk panaskan guna mikrowave je.

2) Tiba-tiba tiub paip putih kecil untuk penapis air pulak tercabut masa nak buat air teh. Huk..aloohhhh! Macam-macam hal le! Dah nak kena merepairnya pulak pukul 5 pagi. Kejap je repairnya, tapi bengang tetap ada la..

3) Cari-cari kunci kereta tak adalah pulak masa nak hantar anak ke sekolah pagi tadi. Rupanya hubby aku terlupa nak letak balik di tempatnya semasa mengalihkan parking kereta aku malam tadi. Kunci tu ada je kat tempat duduk kereta dia. Tak perasan sebab Aishah pergi duduk pulak atas kunci kereta tu masa ayahnya hantar ke sekolah di Bandar Baru Bangi.

4) Konon legalah kunci spare kereta ada kat rumah. Tapi spare suis alarm satu lagi tu dah rosak. Laaa... mana pulak perginya suis kecil untuk aku matikan alarm kereta ni? Dah hilang gara-gara cantik punya wiring bawah dashboard selepas aku hantar kereta aku untuk servis beberapa bulan yang lepas. Dua kali aku try cari dengan alarm yang melalak kejap. Tak boleh jadi, marah pulak jiran-jiran aku nanti. Nasib tak lama bisingnya selepas aku tutup pintu kereta.

5) Anak-anak lambat ke sekolah sebab terpaksalah tunggu ayahnya balik pulak hantar kunci kereta aku. Sempatlah aku sms cikgu-cikgu anak-anak aku memaklumkan masalah diaorang. Pukul 8.30 pagi barulah hubby aku sampai untuk hantar diaorang ke sekolah. Aku jalan kaki je hantar Arif ke rumah pengasuhnya. Dekat je!

Macam-macam hal pulak hari ni ye! Dapur gas dah ok sebab hubby aku dah repair selepas sahur tadi. Kalau dia tak buat, aku le yang kena buat. Cuma wayar untuk matikan alarm kereta tu yang hubby aku belum jumpa. Kemas betul depa ikat sampai tersorok kat mana gamaknya suis kecil tu. Tak ada mood pulak aku nak menolong mencari. Lain kali le agaknya!

Aku ignore je dah semua masalah tu. Kalau difikir nanti banyak kedut pulak kat dahi aku... Mungkin malang hari ini, moga esok banyak perkara baik pulak yang berlaku.. Amin!!

3 comments:

Rozita said...

insyallah banyak ganti yg baik tu.. esok lebih baik dr hari ni... ;)

Amie said...

sabau sajalah.... kadang-kadang benda nak jadi ni tak boleh kita nak elak, cma ada pilihan apa patut dibuat...

diana said...

selalunya kak bila kita nak cepat la jadi benda2 yang tak diingini ni..
masa tu la gas nak habis..
masa tu la kunci nak hilang..
biasa dah jadi gitu..
betul kata kak liza..
kalau fikir2 kan jadi kedut pulak nanti..
heheheh