iklan

Followers

Pages

Friday, 19 August 2011

Dari duniaku : Mana Mak?

19 Ogos datang lagi menandakan genap setahun pemergian ayahanda tercinta. Namun ingatan pada ayah itu tak akan pernah luput. Alfatihah buat ayah! Moga ayah sentiasa dalam lindungan dan kasih sayangNya.

Kita sering diingatkan agar sentiasa menghargai mak dan ayah selagi hayat mereka masih ada. Kita juga hendaklah kekal mengambil berat dan sentiasa mengingati mereka biar pun mereka telah pergi buat selama-lamanya dari dunia ini.

Renungkan kembali diusia tua mereka ini berapa kalikah kita bertanyakan khabar mereka? Berapa kerapkah kita cuba menyelami hati mereka di saat ini? Menelefon pun jarang, apatah lagi ingin berbicara dari hati ke hati.

Kisah 'Mana mak?' tulisan teman aku meruntun jiwa. Ianya adalah kisah kehidupan realiti yang mampu membuat kita berfikir kembali keegoaan kita sebagai seorang anak.


11 comments:

diana said...

kawan kak liza rupanya yang tulis ni..
best la..tersentuh bila baca..
kat facebook ramai yang post..

Adzriel @ Liza AB said...

diana : kisah yg simple tapi menyentuh hati. kawan sejak darjah 5 lagi.

ummiross said...

Ummi dah baca, memang menyentuh hati, kasih sayang ibu tiada batas, moga2 kita diberikan anak soleh dan solehah

mas saari said...

moga akak tabah ye!
Al-Fatihah utk arwah ayah..

UpProfits said...

Hargailah org tersayang semasa hayatnya..sbb pasti kita akan merinduinya ketika mereka telah tiada..

Daddy Ziyyad said...

Parents saya kedua dua nya masih ada, sihat. Insya Allah akan terus berbakti kepada mereka selagi hayat mereka ada/umur saya ada.

Hannah said...

Al-fatihah untuk arwah..


Sekadar perkongsian.
There are no perfect fathers

Ct Aja said...

Hargaila mereka selagi mereka masih adakan..

Muhammad Burn said...

emak sy seorang yang sensitif. jadi, mudah kalau nak meluah perasaan atau berbincang soal hati. tetapi ayah saya tak macam tu. kalau saya cuba cakap dari hati ke hati, dia akan tanya, kau dah gilo ko? ahahaha

A.s.t.i.n.a said...

Memang sedih bc ni.. Harap2 kita tak mcm tu..

Sofya said...

baru sudah baca..
mmg tersentuh hati ini..
bagus untuk mengingatkan kita yang selalu alpa