iklan

Followers

Pages

Thursday 25 August 2011

Kain jarang nampak tiang serinya

Terpana kejap mata aku bila nampak komen ni dari entry Daddy Ziyyad yang bertajuk Kerbau kuat seks ke? Tajuk yang hangat betul ye! Inilah dia komen kucingorengemuk :

Nampak tak apa komen dia? Ni aku copy paste kat sini biar jelas.

"adik-kakak, berbaju kurung jangan lupa juga berkain dalam, kang diri tengah² pintu, haruuu!"

Haa... aku memang sensitif bab ni. Bab berbaju kurung atau berjubah nipis tapi tak memakai kain dalam. Jelas maksud dia?

Aku pernah menegur hal ni dalam salah satu group yang aku join di facebook tetapi responnya agak mengecewakan aku. Itu pun aku cuba menegur dengan cara yang umum dan berhemah. Maaf! Dah lama sangat, tak buat print screen pun untuk tatapan kalian.

Antara respon yang buat aku sedih "Jagalah pakaian maing-masing, tak perlu pertikai bagaimana cara orang lain berpakaian". Mungkin dia terasalah agaknya. Tak pelah, aku pun tak suka nak gaduh-gaduh. Kita dah tegur, selebihnya terpulang pada empunya badan.

Bukankah lebih manis jika berbaju kurung dengan berkain dalam agar tidak nampak janggal jika ternampak bayang dua kaki di balik cahaya. Berdiri di depan pintu umpamanya. Orang-orang dalam rumah semuanya boleh nampak dengan telus semasa kita berdiri di depan pintu jika kain kita jarang. Bayangkan jika korang berkebaya singkat, kainnya jarang dan comel dah bertudung litup.

Telusnya pandangan aku. Nampak dua tiang seri. Inilah view yang aku tak berapa berkenan.

Zaman sekarang memang tak sama macam dulu. Tapi yang baya-baya aku pun ramai juga macam tu. Malah yang lebih tua daripada aku cantik berbaju kurung dari kain chiffon yang nipis dengan tidak berlinen. Tudung dah cantik menutup dada. Bila pandang bawah..alamak! Telus! Barangkali nak mudah atau rimas kalau tebal-tebal ni.

Apa yang telus, apa yang serinya? Reaksi adik angkat aku ; "Wow! Nampak dualah yong!"Masa tu aku sedang makan di restoran dengan adik angkat aku. Muda setahun je daripada aku. Dia nampak bayang kaki seorang wanita berkebaya pendek dan bertudung cantik di sebalik kain yang dipakainya. Memang menarik perhatian.

Dia memang suka memanggil aku Yong! Suka hati dia je, entah bila aku ni anak sulung (kalau ikut belah Perak le!).

Aku sangkakan aku je yg tak berkenan dengan trend begitu, rupanya dia pun sama.

Korang perasan tak sekarang ada segelintir wanita apabila berpakaian labuh seperti jubah, baju kurung, berkebaya dan yang sewaktu dengannya dari jenis kain yang jarang tetapi tidak memakai kain dalam. Itu yang aku maksudkan pandangan telus!

Kalau kainnya warna agak gelap dan tebal tu tak apalah. Bertudung cantik tapi agak jelas bentuk betis kakinya di sebalik kain yang jarang. Kena pulak kalau berkebaya pendek... bayangkanlah.

Aku pulak rasa segan, lebih-lebih lagi kalau yang bertudungnya cukup rapi dan lebih panjang sikit daripada tudung aku ni, berbaju kurung paras lutut tapi kerana tak berkain dalam jadi nampak bayang kakinya.

Bukan mudah nak mengubah sesuatu yang dah terbiasa. Aku juga sudah entah berapa kali menegur anak dara aku yang sulung tu. Bukan orang lain pun, anak sendiri pun begitu. Hebat sungguh pengaruh luar.

Aku pun mungkin terbiasa berkain dalam kerana tegasnya mak mengingatkan kami adik-beradik perempuan memakainya. Sekarang pun kalau cucunya berkain jarang, memang bisinglah mak aku menyuruh mencari kain dalam.

Satu lagi sebab yang aku suka memakai kain dalam kerana adakalanya kain boleh melekat pada kulit bila berada di dalam bilik yang ada penghawa dingin. Aku malu nak berjalan dengan keadaan kain melekat di kaki. Bila ada kain dalam, yang melekat cuma yang dalam saja. Itu pun ikut jenis kainnya juga.

Kalau malas berkain dalam, elok juga baju yang ditempah atau beli siap tu ditambahkan dengan linen dalamnya untuk mengelakkan jarang. Bahagian baju dan kain paling utama, elok juga jika diletak linen juga pada lengan baju.

Aku rasa kalau sesuatu perkara dah jelas dalam Islam, janganlah nak pertikaikan pula. Kalau tak nak pakai tudung, tak nak berkain dalam jika kainnya jarang atau berbaju yang menampakkan susuk tubuh yang padat itu terpulanglah. Tapi jangan memberikan jawapan yang menunjukkan kita seperti menentang hukum Islam pulak. Lebih baik diam daripada memberi jawapan seumpamanya.

Aku pun bukanlah alim pun. Cuma terasa janggal melihat pemandangan yang telah aku ceritakan tadi. Seolah-olah cara berpakaian yang yang tak lengkap aje.

Samalah macam wanita muslim yang berbaju tidur semasa keluar rumah. Kalau aku pakai macam tu masa dalam bilik tidur je ; bersinglet dan berseluar senteng. Rasanya banyak lagi aku berbaju kelawar tu daripada singlet tali halus tu. Kesian diaorang, pakai baju tidur buat pergi jalan-jalan. Segar je mata lelaki memandang...Ehhhh!!!

9 comments:

Puan Eka said...

eka kalau pakai jarang2 mmg pakai kain dalam

Misz-ella said...

Hihihi ... betul tu. Kena jaga2 dan hati2.

Unknown said...

better elak kn dari pkai yg jarang ^_^

EmpayarUtama said...

peten baru budak-budak sekarang kot...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

haha... kalau dah pakai kain dalam tu jangan lupa pakai seluar dalam sekali k... larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

a ah baik kai kain dlm je hehehe

Ummu Sakinah said...

Bagus teguran tu...untuk membina bukan membinasa..tutup kena tutup betul2...jgn sampai nampak tiang serinya...

Ummu Sakinah said...

Teguran yg bagus harus diterima bukan untuk membinasa tp membina...jgan sampai nampak tiang serinya...

insan_marhaen said...

Seolah-olah berjalan dalam keadaan tak berkain jika tak memakai kain dalam.... :-)) Tak biasa tak berkain dalam....