iklan

Followers

Pages

Monday 1 August 2011

Bila mabuk, anak kecil ganti memandu

Bila dah mabuk, otak pun dah tak boleh nak berfikir dengan betul. Sebab tu lah Islam haramkan arak. Lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan walau pun ada juga yang guna untuk tujuan perubatan. Takut nak buat ubat, jadi mudharat pula bila mula minum sikit lepas tu jadi syok pulak nak minum lebih. Benda memang sebabkan ketagihan, memanglah bahaya.

Kerana arak boleh porak-peranda sebuah keluarga, mengundang pelbagai dosa dan mengancam nyawa. Sedih tengok bila ramai insan yang nama dalam kad pengenalan berstatus Islam, tapi minum arak macam minum teh tarik je. Tak kiralah yang asal dulu dibesarkan dalam didikan ugama yang sempurna semasa kecil atau memang mak ayah tak ambil peduli pun dek kerana limpahan kekayaan untuk anaknya.

Ada juga yang nak sambut puasa dengan mabuk-mabuk : Beginikah sambutan bulan puasa

Gara-gara mabuk, minda hilang arah hingga tergamak menyuruh anaknya yang berusia 8 tahun memandu lori pikap. Anak aku ada yang 9 tahun, tak matang pun lagi. Membahayakan nyawa anak-anaknya dan diri dia sendiri. Ini mabuk orang yang tak berugama Islam, kalau yang Islam tu lagilah sedih.

Berita myMetro :

NEW ORLEANS : Seorang lelaki mabuk didakwa membenarkan anaknya berusia lapan tahun memandu pikapnya di lebuh raya di tenggara Louisiana semalam, sambil dia tidur di sebelah, sehingga peronda menahan kanak-kanak itu.

Budak itu memandu trak Chevrolet itu berhampiran bandar Holden dengan bapanya tidur di tempat duduk penumpang dan adiknya yang berusia empat tahun di belakang, menurut kenyataan yang dikeluarkan polis Louisiana.

Seorang pemandu menyedari trak itu dipandu tidak tentu arah sebelum menelefon polis.

Peronda yang menahan trak berkenaan di Livingston Paris mendapati ia dipandu kanak-kanak berkenaan sebelum menyoal siasat bapanya, Billy Joe Madden, 28.

Polis berkata, Madden mabuk dan tidur sementara anaknya memandu kenderaan itu dalam perjalanan ke Dallas, Texas.

Lelaki terbabit ditahan dan di penjara atas kesalahan, membenarkan kanak-kanak memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar. Madden kekal dipenjara di Pusat Tahanan Livingston Parish kerana gagal membayar ikat jamin berjumlah AS1,474 (RM4,422).

Kedua-dua anaknya diserahkan kepada pihak berkuasa kebajikan sementara menanti seorang anggota keluarga yang boleh mengambil alih penjagaan ke atas mereka, kata polis. - Agensi

4 comments:

Hanis Azla said...

perkara yg diharamkan Allah tu mmg pasti ada keburukannya kan kak..

Muhammad Izuan said...

hehe. style ape... :P

Hans Hanis said...

haihhhh
tergamak betul orang tu suruh budak kecil bawa kan
tu lah keburukan arak
sampai tak sedar apa yg dia buat

zaly said...

Ni la yg dikatakan ...ada akal tapi tak nak guna.. ye la macam mana nak guna..dia dah mabuk... buta perut punya bapa..