iklan

Followers

Pages

Sunday 7 August 2011

Membuka pekung di dada! Malunya!

Sedih bila aku baca entry Wani dengan tajuk 'Tampalan itu direnyuk dan dicampak'. Apakah isi tampalan yang dimaksudkan itu, korang kenalah baca entry tu. Yang pasti tampalan itu mengandungi kalimah Allah yang wajib kita hormati.

Perbuatan mereka yang memperlakukan sifat merenyuk dan mencampak kertas yang mengandungi kalimah Allah adalah satu penghinaan. Dan dia melakukannya dengan perasaan penuh kebencian. Memang sangat menghina!

Aku bukanlah alim sangat nak menasihati orang lain tentang agama tetapi bagi aku jangan kita pertikaikan apa yang Allah suruh dan larang jika kita tak mahu menurutinya.

Cukuplah dosa kita mengingkarinya dan jangan kita tambah dengan menidakkannya pula. Seolah-olah kita bangga dengan perbuatan kita dan ingin memberitahu pada umum "Biarlah aku nak buat apa pun, korang semua jangan tegur atau nak nasihatkan aku!".

Bila kita marahkan orang lain hanya kerana dia menampal kalimah Allah untuk kebaikan, ianya seolah-olah membuka pekung di dada sendiri.

Nampak sangat yang kita ni bersalah sedangkan orang lain mungkin tak tahu pun aib kita. Eloklah tu, daripada orang lain tak tahu jadi ramai pulak yang tahu keaiban kita.

Lainlah kalau tampalan tu di tempat yang tak sepatutnya.

Jelas tindakan seorang yang mudah melenting dan tidak matang. Sesungguhnya dia telah memalukan diri dia sendiri di kalangan teman-teman kerja. Ishhh... memalukan diri sendiri je! Malu dengan kawan-kawan pejabat! Tak taulah kalau dia memang jenis tak malu dengan Allah!

Entahlah! Sedih baca entry tu, rasa geram pun ada!

15 comments:

Sunah Sakura said...

kenapa mereka tak sedar apa yang mereka lakukan? kerana Allah telah menutup hati mereka serapat2nya... naudzubillah...

Liza @ Adzriel AB said...

Sunah : Moga Allah buka pintu hatinya untuk berubah. begitu juga untuk diri kita sendiri agar tidak bertindak sedemikian juga.

mas saari said...

sedihnya kan?
orang macam tu dah buta hati agaknya!

Liza @ Adzriel AB said...

mas saari : mmg sedih... buta hingga sanggup hina kalimah Allah + hina org lain.

sud@is said...

moga satu hari akan diberi hidayah....

kindergartenlibrary said...

ngeri kalau jadik orang macam ni ~
=,=

kyo_9 said...

bukan ramai yg terima hidayah Allah..
jadi beruntunglah orang2 yang dimaksudkan itu..

Dinas Aldi said...

Dah baca dah. Betul la jugak, macam membuka pekung di dada la perbuatan dia tu..hmm..

Ct Aja said...

kenapala buta sgt dalam menilai islam.. emm moa terbuka ht dia suatu hari nti ebelum terlambat..

Ibu Muda 30series said...

kak liza..wani dh cakap kt member yang dituduh tu...kalau dia bising2 lg, wani suruh member ni bagitahu wani yg buat. Dan rasanya hamba Allah tu dah tau wani yg buat

Disebabkan hamba Allah tu memang menghormati wani selama ini (sebab kedudukan dlm jawatan), mungkin dia tak berani nak marah dan terus diamkan.
wallahualam. wani tggu je tindakan dari dia

Liza @ Adzriel AB said...

S..U..D..@..I..S : Amin..

nelly : dia tak ngeri..selamba je nelly.

kyo_9 : moga dia dpt hidayah

Dinas Aldi : tak matang tu kak dinas

Ct Aja : aminnn doa aja

Aku Ibu Muda : oklah kalau dia dah tau.. moga dia dpt berfikir semula sikapnya tu.

Zura said...

kira kes ni, org tu makan cili sbb tu dia rasa pedas..

semoga dia dpt hidayah.

dhiera zainudin said...

nauzubillah~ semoga dia dapat hidayah dari Allah swt..

Unknown said...

ha..
itu baru betul namanya bodoh sombong..
dia ada penyakit rohani.

ummiross said...

MasyaAllah, sedih pun ada dengan sikap macam ni, moga Allah mengampuninya...