iklan

Followers

Pages

Friday, 28 January 2011

Bahaya memegang anak sambil memandu

Ini le modelku tersayang : Muhammad Arif Ikhwan

Tentu pernah nampak some parents yg drive kereta sambil baby letak di riba. Aku pun pernah buat juga tapi jarak yg dekat. Kalau jauh sangat memang tak berani.

Pagi ni aku nampak lagi ada seorang wanita drive kereta Iswara sambil memegang baby di ribanya. Kita mungkin tak perasan kesan buruk yg berlaku. Sebelum ni pun aku selalu juga nampak org lain melakukan perkara yg sama.

Hubby aku pernah bercerita tentang anak rakan sekerjanya patah tangan akibat si bapa memandu sambil memegang si anak di riba. Kita tak menjangka bila tangan sikecil pun turut nak memegang stering kereta. Tiba2 bila si ayah hendak mengelak lopak di jalan, tindakannya memusing stering kereta dgn pantas adalah serta-merta. Akibatnya tangan si anak kecil turut terkilas & menyebabkan tangan sikecil yg lembut itu patah. Menakutkan!

Sejak itu nak letak baby diriba walau pun perjalanan jarak dekat pun aku tak berani. Biarlah dua tiga kali aku buka & letak 'baby sit' di kereta aku, asal jgn berlaku seperti yg hubby aku ceritakan tu.

Kalau korang pernah buat seperti itu, eloklah jangan buat dah. Kalau kita tahu apa yg bakal terjadi, sudah tentu tiada kemalangan akan berlaku. Sebab itulah org kata "kemalangan tidak berbau!"

1 comment:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Alhamdulillah..LM lum pernah buat kerja giler tu.walau dlm taman perumahan sekali pun.mmg penat asik angkut baby seat tu..nak2 jika ada org lain nak tumpang kereta time raya.tp keselamat anak tu penting.tak mati anak menangis sekejap sementara kita memandu.

sahabat LM pernah langgar pintu bagar rumah akibat memandu sambil pegang anak...pelik juga mengapa perlu ambil risiko kan?