Monday, 17 January 2011
Biarlah sepadan
Blog walking aku tersasar ke blog Aku is Aku dgn tajuk entrynya Kelayakan Akademik atau Keterampilan Diri. Bercerita tentang attitude semasa interview kerja. Terpikat aku dgn tajuknya. Ringkas tetapi isinya memberi impak besar!
Memang jelas kedua-duanya penting ; keterampilan diri pembuka bicara. Biasalahkan bila awek cun atau pakwe hensem lalu... berpusing kepala memandang. Maknanya org sukalah tu. Budi bahasa tak tau lagi. First impression tu paling penting.
Ini yg aku dpt kat google search tentang first impression : "It takes just a quick glance, maybe three seconds, for someone to evaluate you when you meet for the first time."
Detailnya kat sini le...
Apa telahan orang kalau kita datang interview dgn memakai pakaian yg tak sesuai. Mungkin ada yg berfikir apa ada dgn penampilan, yg penting kerja! Betul juga! Kalau begitu cuba letak diri kita sebagai tuan punya syarikat. Apalah agaknya yg kita fikir bila yg datang interview macam tu ye? Mmm.. don't judge a book by its cover! Iye tak ye juga... masing2 punyer pendapat ye!
Bila dah duduk utk interview, barulah sessi menyiasat kelayakan akademik...wah! Impress! Semua A! Mesti rajin ni! Kelayakan akademik yg cemerlang akan meninggikan lagi kebarangkalian kita dipilih. Penting juga tu..tapi biar sepadan dgn attitude kita. Bak kata Sasa Al-Sharif "Ketika belajar kau perlu lebihkan teori, ketika bertugas teori kau praktikkan namun dengan kreativiti." So tunjukkan di mana proaktifnya anda.
Aku suka kata2 ni, ringkas tapi mendalam maksudnya:
Attitude is a little thing that makes a big difference. ~Winston Churchill
Sebenarnya aku sibuk2 ni sebab teringatkan cerita suami aku tentang seorang student yg interview kat tempat kerja dia. Student ni lulusan electrical dari luar negeri, tetapi malangnya nak guna 'test pen' pun tak tahu. Jatuh terus saham! Aduh! Apa pendapat korang?
Berbeza dengan seorang lagi yg hanya lulusan dalam negeri, tetapi faham dgn jelas tentang praktikal. Bukan hanya menghafal teori!
Interview utk cari org yg tahu buat kerja, ada attitude utk maju. Tidak pada mereka yg hanya tahu teori saja, tapi gagal pada praktikalnya. Kalau terlepas juga tu nak buat camner..ye tak! Bukan kita boleh nak selidik org tu habis2. Kadang2 tu mula2 je macam semangat lebih, lama2 macam..eh! Pemalas rupanya. Macam sterika panas le...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
betullah liza, attitude yg baik merubah pandangan org terhadap kita.. attitude yg buruk pun begitu juga.
salam...
ish...ya ke? nak guna test pen pong tak reti.mcm mana dia study?
hanis : takpe..pelan2 le kita ubah yg buruk tu jadi baik.
sekamar rindu : itu yg buat saya gelak masa tu.. ijazah beli kot.
artikel ini memang bagus :)
satu situasi yang mana graduan dgn akademik yg cemerlang namun seorang yg pendiam, tidak yakin pada diri dan suka dipandu, atau maksud lain kurang berdikari dan tiada daya kepimpinan.
maka berusahalah untuk membentuk ketrampilan diri mulai dari sekarang
Cemerlang dalam akademik belum tentu cemerlang dalam kerja, beruntung lah klu ada kedua2nya...
sasa al-sharif : kesinambungan dari artikel awaklah ni yg buat saya teruja nak tambah2. kalau pasif, diri kita tak ke mana. bila tak tahu kena bertanya, baca, kaji & praktik... kerana itulah cara belajar yg terbaik.
ummiross : itu sebab yg bila tak dpt bantu anak form 3 jawab soalan matematik, saya mintak dia tanya cikgunya & share jawapan. jgn peram soalan tak berjawap.
zmn skrg ni xleh pndg education sgt..bdk ada degree bkn sume reti buat keje...time blaja teori pehtu asek dpt tips utk skor...bila buat keje ampeh..haha~
education is only a path to become success..tp bkn satu²nya jln utk berjaya.. =)
betoi tu yana... otak pandai, kerja kena jadi juga. baru sepadan.
Post a Comment