iklan

Followers

Pages

Monday, 17 January 2011

Tunggang! Jangan tunggang-langgang!

Merah menyala...cantik! Aku suka!

Pagi2 dah accident. Eh! Bukan aku...org lain! Kesian brader tu tergolek dia kat pokok bunga tepi jalan tu. Nasib baik le tak tergolek tengah jalan. Elok2 nak cepat jadi lambat le pulak. Ni gara2 jalan jem le. Kereta bergerak 5-10km sejam, terlanggar belakang kereta sebab follow rapat sangatlah tu. Bila kereta depan brek mengejut, memang tak sempat nak elaklah. Dah terpaksa pula settle tepi jalan.

Korang bayangkanlah kalaulah masa tu brader tu sedang bawa penumpang. Apatah lagi kalau penumpangnya budak kecil, baby atau warga emas. Kesiannya! Sakit tu satu hal yg nak ditanggung. Jangan pula patah-riuk atau akibat yg lebih teruk. Takut aku! Eh! Teringat anak2 aku pulak.

Kita selalu dengar berita sama ada di TV, radio atau surat khabar yg menunjukkan kemalangan banyak melibatkan motosikal. Memang menakutkan. Sebagai pemandu bertayar 4, kita kenalah bertimbang-rasa dgn penunggang motosikal. Begitu juga mereka yg memandu motosikal ni. Pendek kata dua2 pihak memang le kena sama2 bertolak ansur. Kalau pihak lain tak bertolak-ansur, jgn kita pun ikut sama macam dia. Sampai bilapun tak sudah kalau asyik berbalas-balas gaduh. Bila agaknya nak insaf.

Dulu2 suami aku pun menunggang motosikal utk pergi kerja. Cuma 8-10 minit saja dah sampai ke tempat kerja. Akulah yg hantar anak2 ke sekolah dgn kereta kerana masa tu yg sulung pun masih bersekolah rendah di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi bersama adik2nya. Cuma bila dah pindah ke Bandar Seri Putra, terpaksalah suami aku bawa kereta kerana terpaksa lalu highway KL-Seremban utk hantar anak sulung ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi. Yg lain2 tetatp aku juga yg hantar. Kat rumah masih ada motosikal yg kadang2 suami aku guna utk pegi pasar malam, kedai runcit atau jumpa kawan2nya di sekitar taman perumahan kami.

Anak saudara aku pun pegi kampus naik motosikal je ; dari abang hingga ke adiknya. Ayah diaorang pun sama juga naik motosikal ke tempat kerja. Begitu juga adik ipar aku yg begitu bergaya dgn motosikal besarnya menunggang dicelah2 kesibukan kotaraya KL menuju menara Maybank, KL. Hati2 dik bila menunggang motosikal besar tu. Aku memang tak arif tentang nama2 motosikal ni.

Aku ada sorang kawan yg ayahnya memang tak izinkan dia menunggang motosikal. Ayahnya risau sangat agaknya. Tak pun phobia dgn kemalangan yg banyak melibatkan motosikal. Sebagai anak yg baik, kawan aku ni mengumpul duit utk beli kereta. Kalau tidak sebelum tu dia menapak je la ke tempat kerja (dekat je!) atau naik bas bila nak balik kampung.

Ada juga kerisauan di hati aku dgn anak saudara yg seorang ni. Dia selalu berulang-alik dari Senawang ke Nilai dgn motosikalnya melalui highway Seremban-KL. Aku kena be positif le kan, itu yg selalu ingatkan dia "abg bawak moto tu hati2 tau! acik risau dgn lori2 besar ni". Bukan apa, bila lori besar lalu sebelah motosikal akan terasa kuat gegarannya & libasan anginnya sekali. Itu yg aku takut sangat tu.

Menunggang motosikal bukan sahaja jimat duit minyak tapi juga dpt mengurangkan risiko jem yg boleh menyebabkan kita terlewat sampai ke destinasi. Ikut peraturan utk keselamatan diri sendiri. Memang tak sesuai pakai baju hitam saja tanpa pantulan cahaya di belakang. Ramai pemandu kereta yg kadang2 tak perasan ada motosikal di jalan raya bila malam atau hujan kerana mungkin motosikal tak berlampu, pandangan tu memang terhad yg bila dah dekat baru le nampak atau pemandu kereta tu memang rabun tapi tak nak pakai cermin mata.

Aku terperasan bila hujan, jarang sgt pemandu kereta yg nak memperlahankan keretanya bila lalu di sebelah penunggang motosikal. Kebetulan ada pula lopak air di situ, habislah tersimbahlah air pd si penunggang motosikal tu. Kesian diaorang tau. Masa tu aku tau sangat le mulutnya dah tentu menyumpah2 si pemandu kereta. Usahkan yg menunggang motosikal, pejalan kaki pun selalu terkena. Tak patut betul.

Korang jenguklah dua link ni utk kempen pemanduan berhemah :
http://www.panducermat.org.my/my.html
http://blog.panducermat.org.my/

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

No comments: