iklan

Followers

Pages

Friday, 21 January 2011

Senyum...jangan marah2!

Senyum...jangan marah2!

Hari ni aku rasa agak bosan campur tension sikit pun ada. Letih dengan kerenah orang ni. Masa senang, pandang kita pun tidak. Aku pun tak kisah kalau kau tak nak pandang. Bukan boleh paksa pun. Jangan susahkan hidup aku udah le. Bila dah susah semula, bukan main peramahnya nak minta tolong. Ye lah...mana yg mampu tu aku tolonglahkan. Tapi sekarang kau dah senang, bercakap dgn aku pun macam hendak tak hendak je. Macamlah aku nak mintak kesenangan kau tu. Aku pun tak tau lak kau dah senang. Apa2 ajelah. Tapi hati aku sakit le.

So...apa aku buat nak redakan sakit hati aku? Marah2 sangat pun tak ada guna. Buat muka aku jadi awet tua adalah. Ceria2kanlah hati sendiri. Pagi tadi sempat jugak berchatting dgn kawan anak aku (kawan Asyikin) ; Yaya yg baru berusia 11 tahun. Syok layan dia chat. Bijak, tak padan dgn umur. Bijak macam kakaknya juga, Dania. Bertuah mak ayah dia. Sempat juga chat dgn kawan2 di facebook... mereda-redakan stress. Di radio Era tadi pun macam tau2 aje..topik pagi ni --> Stress. Seorang ibu muda meredakan stressnya dgn membaca novel. Bagus juga cara tu. Terpulang pada masing2 asal jangan memudaratkan.

Kadang2 bila nak release kebengangan (bukan bengap ye!) aku ni, aku suka makan. Bahaya juga tu. Bila dapat mengunyah makanan tu rasa macam nikmat je..ha..ha. Walau pun makanan tu mungkin tak sedap sangat, tapi makanlah dgn penuh perasaan. He..he.. bersyukur dapat makan ni. Anak aku kata "Mama ni entah apa2!". Gurau2 buat release angin geram ni.

Ishhh...tak sampai lak nak makan kek Iphone ni.. Gambar ni aku curi kat blog MyPu3 Cake House.

Stress tu stress juga. Tapi bukan elok pun dilayan sangat. Bukan sebab kita nak lari drp masalah. Cuma mana yg patut kita abaikan, lupakan saja. Bila hati sakit, riak muka pun nampak keruh. Semua yg dibuat jadi tak kena. Paling teruk ada yg sanggup melibatkan nyawa. Janganlah sampai hilang akal pulak. Kena belajar menerima kekurangan & kekalahan dgn doa & usaha akan ada kelebihannya nanti.

2 comments:

Hanis Azla said...

betullah k.liza, kdg tu sikap org lain kepada kita buat kita jadi stress.. nak lupakan tak boleh.. nak lepaskan pun tak boleh juga.. aduh jadi beban fikiran pula akhirnya kat kita..

relaks yer kak.. enjoy makanan tu, biar release segala tekanan..

Adzriel AB said...

ahhhh.... sedapnya makan kat RasaMas di Warta, Bangi. Warta lagi ke? Dah tukar jadi Bintang & tukar ke Giant pulak. Tapi ada pulak yg pegi curi cermin bulat kat side mirror keta kak liza. nanti le citer pulak. Dugaan betul..