iklan

Followers

Pages

Tuesday, 11 January 2011

Selagi ada ibu & ayah



Teringat pula aku kad touch n go aku tinggal 60 sen aje. Kena top-up ni... coz aku ni jenis malas nak Q kat tol. Walau pun kereta kelisa aku nampak buruk je..tapi aku guna smart tag..he..he.. kena pantas bergerak. So aku singgah kedai uncle surat khabar, alamak! apa nama uncle ni ye... selalu singgah & borak2 tapi tak pernah tanya nama. Esok le tanya! Aku memang selalu top-up kat kedai uncle ni. Kalau kat Bandar Seri Putra ni kedai dia sebelah Restoran Haji tapah je. Anak2 aku pun suka beno beli majalah kat kedai dia.

Dalam aku baru je nak keluar kereta, tiba2 Aznil di radio Era cerita tentang kisah seorg pemanggil jejak kasih. Kisah tentang ibunya yg sakit jantung, sakit buah pinggang kronik & baru2 ni patah kakinya akibat terjatuh dibilik air. Kasihan sungguh si ibu. Si pemanggil yg aku lupa namanya adalah anak yg ke-3 drp 5 org adik-beradik. Dialah satu2nya anak yg sering menjaga ibunya hinggakan kerisauan tentang ibunya terbawa-bawa hingga ke tempat kerja. Aznil mainkan sedutan rakaman yg pd mulanya suara pemanggil kelihatan tenang menyatakan adik-beradik yg lain telah 4 tahun tidak menjenguk ibu & bapanya. Mereka tidak dpt dihubungi kerana no telefon juga ditukar. Hinggalah saat menyatakan kerisauan semasa bekerja, beliau tidak dpt menahan tangisnya. Tangisan seorg lelaki yg begitu sayang & kasihankan ibunya. Aznil menyatakan mendapat sms pagi ini yg memberitahu si ibu yg malang baru sahaja meninggal dunia pada pukul 3... terlupa pula aku sama ada petang atau pagi.

Ini adalah segelintir drp kisah2 anak2 yg lupa pd ibu ayahnya. Mereka yg lupa mengambil tahu kesihatan dua insan yg pernah menyuapkan makanan ke mulut mereka hingga mereka mengecapi nikmat dunia sekarang. Mungkin juga ada silapnya dipihak ibu-bapa, tetapi siapalah kita yg nak menghukum mereka sedemikian rupa. Pernahkah kita bertanya atau menyelidik adakah ianya kesilapan atau terpaksa. Tidakkah kita berfikir kembali detik2 kesusahan mereka membesarkan kita? Atau kita sudah tidak tahu jalan pulang ke rumah ibu bapa kita?

Kita boleh menelefon orang lain setiap hari, tetapi sukarnya menelefon ibu-bapa walaupun sebulan sekali. Terasa mahal sangatkah bil telefon yg perlu dibayar utk membuat mereka rasa gembira mendengar suara si anak bertanya khabar.

Aku : Assalamualaikum..
Mak : Wa'alaikumsalam..hah! nak apa?
(ini nada tak best bila mood mak aku tak ok...paham dah!)
Aku : Saja..rindu!
Mak : Mmmm... (then mak aku gelak!)
Aku : Mak sihat ke?
Mak : Sihattt... (malas je jawab...mood tak ok le tu)
Aku : Ok le mak... apa2 hal tepon tau! Assalamualaikum..
Mak : Mmm..ye lah..Wa'alaikumsalam..

Boleh korang imagine berapa minit je aku bercakap dgn mak aku. 5 minit pun tak sampai.. itu kalau mood dia tak berapa ok sebab penat ke, ngantuk ke.. Aku almaklum dah, memang tak de nak heart feeling sebab jauh disudut hatinya aku tau dia sayangkan aku. Bukan aku je yg kena ayat gitu.."hah! nak apa?". Adik aku pun kena, kakak aku pun kena.. semua kena..he..he.. Tapi kami adik-beradik tak ambil kisah sgt. Ada harinya dia peramah..

Aku saja je sebut rindu kat dia sebab mak aku ni geli kalau jiwang2 ni. Tu yg dia gelak.. so kat situ boleh rasa, moody dia tadi kendur sikit. Cuba buat masa tu angin dia baik...ha... berjelalah melayan cakap dia. Kekadang dia balik yg risau takut bil naik. Aku kata berapa sangatlah RM10 dgn nilai duit yg dia bagi masa aku sekolah dari kecik sampai le besor ni. Ciput je... Tapi korang rasa apalah yg mak aku rasa selepas dia letak telefon tu tadi?

Sudah 15 tahun aku kawin dan selama itu jugalah aku tidak pernah dengar sedetik pun suami aku meninggikan suara dgn mak dia (mak mertua aku la..). Aku juga pernah bertanya dgn mak mertua aku, dia kata memang tak pernah pun. Kalau suami aku tak setuju dgn mak mertua aku pun dia cuma akan kata "tak palah mak, sat ni aku tengok2kan". Setiap minggu suami aku pasti akan telefon mak mertua aku. Setiap pagi raya pun begitu. Bila suami aku outstation ke luar negeri, dia hanya akan call mak mertua aku bila dah balik aje. Aku pun takkan beritahu mak mertua aku anaknya outstation kerana kerisauannya boleh buat dia tak tidur malam. Bila aku call mak mertua aku je dia selalu kata "laa...anak mama ka?". Kadang aku suka mengusik dia buat tukar2 suara. He..he.. dah tua2 pun nak menyakat lagi. Gurau2 bawa bahagia.

Bagi aku, jgnlah menyusahkan perkara yg mudah. Buang rasa marah, dendam jauh2 pada keluarga sendiri lebih2 lagi ibu yg melahirkan. Melihat arwah ayah aku meninggal dunia pun buat aku rasa sedih sangat2. Melihat kedutan yg bertambah di wajahnya pun aku rasa lelahnya arwah ayah bekerja membesarkan kami 5 beradik. Bila mak sakit lutut atau sakit kepala pun aku jadi sedih kerana kadang2 tak dapat mengurangkan rasa sakit itu. Apatah lagi andai kita menambah kepedihan di hatinya. Pemergian arwah ayah pada Ramadhan yg lalu membuatkan mak sering meluahkan terkilannya ayah tak dapat merasa nikmat mewah yg FELDA berikan sekarang ini. Jika dulu nak merasakan RM500 sebulan pun umpama seribu rahmat buat kami sekeluarga. RM400 pun itulah yg paling banyak dgn 5 org yg bersekolah. Sekarang mak aku duduk goyang kaki aje, gaji masuk bulan2 FELDA bagi. Kalau kami adik-beradik tak memberi pun, belanja makan pakai mak dah cukup.

Bak kata mak, dulu bila ada RM10 di tangan terasa benar banyaknya duit tu. Macam2 kerja yg mak ayah buat dulu ; mengutip daun buluh yg kecil tu utk dijual (buat rokok daun), menanam koko, menanam anak getah, menoreh getah. Mak aku memang agak lasak bekerja & selalunya dia lakukan dgn bersungguh-sungguh. Mengenang susah payah mak & arwah ayah membuatkan aku berfikir "apalah sangat susahnya aku", ke sana-sini mudah aje dgn kereta. Anak2 pun tak putus2 rezeki walau pun tidaklah semewah mana.

Berilah kasih sayang selagi mereka ada didunia ini. Berkali-kali aku ingat pada diri aku sendiri tentang hal mereka.

4 comments:

Hanis Azla said...

mak saya pun mcm tu juga.. dtg bad moodnya, nak taknak aje jawab telefon.. tp kami adik beradik mmg tak ambil port pun.. dah biasa & dah faham sgt

org lelaki mmg lebih baik melayan ibubapanya kot.. sbb suami saya pun begitu.. skrg ni mak saya tinggal sekali dengan kami.. jdnya sikap dia yg menerima ibu saya buat saya rasa happy.. Sikap dia yg melayan ibubapanya dgn baik pun buat kita terikut sama layan ibubapa kita sebaik mungkin..

Anonymous said...

salam,

membaca entri ini...teringat pada awrah ibu saya..

**follow ur blog..**23

Ummiross said...

Nice entry, syurga itu di telapak kaki ibu..

Liza @ Adzriel AB said...

sekarang ni cuma ada ibu & ibu mertua saja. sementara mereka ada, layan je apa yg diaorg nak.. dah byk mereka bersusah payah dulu.