iklan

Followers

Pages

Thursday, 27 January 2011

Kerenah baby2 aku tidur

Adoiii...dari pagi tadi mata ni ngantuk bebeno. Lately memang tido lambat pun..idok le lambat mana sgt pun. Kadang2 pukul 11 atau 12 malam. Bukan tak nak tido cepat. Si kecik Arif ni susah beno nak tido awal. Dia boleh guling2 dulu, mulut pun bising. Bila dah tido, kekadang terjaga pukul 3 atau 4 pagi nak minum susu.

Jarang beno mata ngantuk macam ni. Tapi elok juga tido. Ada yg kata Tidurlah jika ingin kurus. Baca le..

5 orang anak, 5 pulak le gaya tido malamnya semasa masih baby.

Yang sulung, Aishah kena jaga perutnya & makannya sebelum tido. Pukul 8 malam dah terlelap, tapi bila dah terjaga tengah malam, susah pulak dia nak lelap balik. Perutnya sensitif beno takut kembung. Dia sorang je yg aku selalu tuam perutnya setiap kali lepas mandi, layur daun sireh dan tekap kat perut. Kalau tengah malam sakit perutkan susah. Aku jugak yg tersengguk-sengguk kat tempat keje.

Dapat pulak yg nombor dua, Amirul tu senang le pulak. Sepanjang malam tidonya punyerlah lena. Sampai aku pulak risau takut dia lapar. Sampai aku kata kat suami aku, kalau dapat baby kembor macam ni pun mama orait je. Nak suap makan pun tak banyak hal. Sekarang pun makannya laju juga. Risau lak aku sebab lupa aje dia nak diet.

Yang nombor 3 ni kelakar juga kadang2 tu. Satu2nya baby aku yg rambutnya nipis & halus. Sekarang lebat dah rambutnya. Si comel Asyikin! Senang je tidonya sampai boleh terlentuk kat tepi sofa. Kadang2 jadi bahan gelak aku masa dia baby kalau tertido gitu. Comel! Sekarang ni pun dia antara anak aku yg tido paling awal.

Anak aku nombor 4, Azri ni biasa2 aje. Bila dah letak kepala kat bantal, tepuk2 dah boleh lelap dah. Tapi masih terjaga malam nak susu. Dia sorang je yg suka sangat nak menempel tido dgn aku walau pun dah berumur 8 tahun. Tahun ni, 9 tahun. Aku kata "abang dah beso, mana boleh tido dgn mama lagi!" Tapi pantang aku offer je, cepat2 dia cari bantal nak tido dgn aku. Dialah satu2nya anak aku yg paling slim...ada story berkaitan apa yg aku makan masa pregnant dulu. Tunggukan citernya..bila tu tak sure!

7 comments:

Admin said...

sama la kita yek...ade 5 org anak...huh macm2 tu baru bab tidur belum bab lain2 huhuhuhu

Liza @ Adzriel AB said...

itu citer masa baby...bila dah besor ni hal lain pulok.

Hanis Azla said...

bestkan kak bila kenangkan gelagat dan ragam anak2 ini.. semuanya rasa istimewa buat kita.. bab tidur pun ada bermacam ceritanya..

Liza @ Adzriel AB said...

itu bab tidur, kalau bab makan, bab bergaya pun macam2 le citernya.

ummiross said...

Seronokkan tengok gelagat anak2, memang penat tapi puas

eqbalzack said...

salam singgah. pukul 4 pagi ni...ini je masa yg ada utk reply komen kawan2 blogger...hehe

selamat berhujung minggu bersama keluarga ok..

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : riuh rumah.. itu yg meriah.
eqbalzack : lambat tido... tq dtg sini.