iklan

Followers

Pages

Sunday, 30 January 2011

Bersyukurlah andai kita sempurna

Aku tertarik dengan entry follower aku yg ke 78, Cik Zie dengan Zie's Storynya. Entry yg menceritakan tentang Kem Motivasi Talasemia 2011.

Memang biasa dengar tentang penyakit talasemia ni, tapi tak berapa tahu sangat pun. Sedikit yang aku faham pesakit ini kena tambah darah setiap bulan. Kesian mereka, alangkah kita yg sempurna ni pun susah sangat nak syukur. Anak2 sihat pun tak bersyukur. Bukan mengata orang, tapi mengingat diri aku sendiri juga.

Aku juga terpanggil utk membaca entry Cik Zie ; Sambutan Hari Raya PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Kudat. Ini antara isi entrynya :


"Objektif PDK

Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU.

Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU.

Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.

Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU".

Aku ni mudah terharu bila tengok OKU ni.... bersyukur anak2 aku sihat. Beberapa hari lepas aku dapat SMS dari YDP PSIAKU AZWAR yg kupanggil Kak Sara (maklumat di sini) :

"Al-fatihah. Ssgguhnya dtg & pergi adalah ketentuan Allah. Adik AKUKT Robbul Izati anak kpd Idris & Ju telah ke rahmatullah pg tadi di dlm ICU, Hosp Slyang. Mohon beri skgn & bantuan kpd keluarga tsbt mlalui no. 0122190127/126. Dari KSara, YDP PSIAKU AZWAR".

Sedih aku bila baca SMS ni. Memang setiap kali ada kematian, Kak Sara tak jemu sms aku & ramai juga yg lain. Kak Sara melakukan semua ini secara sukarela yg lahir dari hati yg ikhlas. Aku mengenalinya melalui program Aduan Rakyat di TV3.

Kali pertama aku call Kak Sara lansung mengajak aku melawat PSIAKU utk melihat keadaan anak2 OKU kritikal. Anak2 ini sememangnya mengharapkan bantuan org lain untuk meneruskan kehidupan. Aku belum bersempatan utk ke sana tetapi melihat kisah2 mereka di TV3 membuatkan hati aku tersentuh. Boleh search kisah2 mereka di google dengan menaip keyword PSIAKU atau PSIAKU Azwar. Ada banyak berita2 yg berkaitan.

Apa yg mampu aku lakukan setakat ini hanya hulurkan bantuan secara on-line setakat yg termampu. Moga kalian pun ambil peluang utk menambah-nambahkan saham akhirat ni.