Tuesday, 18 January 2011
Dunia sekolah anak-anakku
Dah 2 minggu anak2 start sekolah tahun ni. 2011 lebih mencabar nampaknya buat aku berbanding tahun lepas. Tahun ni anak sulung nak exam PMR. So dah start beli Score-A...eceh...harap score semua A lah ye Aishah. Anak nombor dua pun dah mula masuk sekolah menengah di form 1. Semuanya baru bagi ia ; sekolah baru (memang baru buka tahun ni), cikgu2 baru, uniform baru. Kawan2 mungkin ramai yg lama juga sebab dari sekolah rendah yg sama. Kalau ada yg baru pun cuma budak2 form 2 & yg baru pindah ke sekitar Bandar Seri Putra & Bukit Mahkota.
Tinggallah 2 org lagi sekolah rendah ; darjah 3 & darjah 5. Tahun depan UPSR pulak. Bermula tahun lepas memang ada aje anak aku yg mengambil peperiksaan besar setiap tahun. Maklum le, anak2 aku semuanya beza umur 2 tahun setiap sorang. Macam ikut jadual pulak ye... kecuali si baby Arif yg Allah anugerahkan lewat sikit...2009 baru dia lahir. Now dah 1 tahun 7 bulan le.
Tahun ni anak2 tak dihantar ke tusyen. Bukan cikgu tusyen tak pandai mengajar, anak aku yg susah nak concentrate. Result yg aku nampak sama je. So..beli Score-A & aku nak tengok hasilnya dlm 3 bulan ni. Tiap2 malam kena pantau le depa buat homework & study. Siap buat jadual lagi... heh! masalahnya takut aku yg tak konsisten. Cabaran betul.
Kesian Amirul, anak aku nombor dua tu. Sekolah baru tu start pukul 7.20 pagi, habis pukul 1.50 pt. Mak aiiihhhh...awat panjang sangat masanya. Nak kena bawa masalah ni ke PIBG ni..ehhh.. macam iye je aku ni. Bukan setakat anak je letih, cikgu letih, mak bapak yg menunggu letih, van sekolah lagi le letih sebab jadual nak menghantar budak yg di sekolah ugama & sekolah kebangsaan turut terganggu. Ada driver van yg kata "tak naklah ambil budak menengah dah! kelam kabut!". Semalam aje dua org anak aku nyaris tak ke sekolah ugama sebab van brader tu lupa ambil. Nasib juga kebetulan aku keluar lewat sikit sebab anak sulung ada tusyen sampai pukul 3 ptg. So aku le hantar sendiri budak2 tu ke SRA pukul 2.45 ptg, loceng baru bunyi je. Ala..3 minit je dari rumah aku. Amirul pulak balik ke rumah jalan kaki je ; 1.50 ptg keluar, sampai rumah pukul 2.00 ptg. Exercise sikit ye!
Budak2 ni bila van lupa ambil macam nak cerah dah muka tu...eiii.. Ada hati nak ponteng SRA? No way! Don't worry! Mama hantar! Aishah biasanya habis waktu sekolah pukul 1.05 ptg. Bila aku ambil dia di SMKJ4 tu, Amirul tak keluar dari sekolah lagi. Perjalanan pergi balik ke Bandar Baru Bangi ambil masa 30 minit je. Kalau kata aku ambil Aishah pukul 1.15 pun, aku boleh sampai rumah pukul 1.45 ptg. Kesian Amirul.... Tak pe nak...adalah nanti yg bagi cadangan masa kat meeting PIBG nanti utk adjust masa persekolahan.
Kesian tengok budak2 sekolah zaman sekarang. Beg sekolah berat, loading sukatan pelajaran makin banyak. Aktiviti pun penuh... lebih2 lagi yg sekolah rendah, ke sekolah ugama pun nak kena hantar juga. Kalau tak hantar nanti macam mana pula dgn didikan agamanya. Tak sanggup aku nak biarkan je sebab aku nak ajar pun tak pandai nak ajar. Sendiri2 & yg basic tu boleh le. Bak kata aku lah "kalau kita tak pandai, jgn biarkan anak bini ikut tak pandai".
Itu juga antara penyebab aku malas nak hantar tusyen selain drp habis duit tapi result sama je. Lagi pun yg nak PMR tu ada tusyen cikgu dia buat kat sekolah. Balik rumah pun dah bertimbun homework nak kena siapkan. Anak sulung ni aku tak risau sangat tentang studynya sebab dia lebih berdikari berbanding adik2nya. Sekali-sekala je aku tegur2 dia tentang belajar. Lain sangat dgn adik2nya yg nak kena aku suami isteri kena ingatkan. Kalau tak, lekalah diaorang dgn TV atau game komputer. Sebagai ibu bapa, memang tak boleh give-up didik anak2. Itulah anugerah yg ssngat berharga yg Allah berikan utk kita. Tapi tolonglah jgn sampai jadi kes dera pulak! Ingat2kan semula, nakal atau taknya kita semasa kita kecil dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
banyak cabaran dalam membesarkan anak2 ni kan.. bila dia org konsisiten nak study, kita pulak yg tak konsisten nak beri sepenuh tumpuan untuk mereka.. banyak benar hal2 lain juga.. baru 2 minggu sekolah, kita dah start rasa lelah kan..
anak sulung saya pun ambil upsr tahun ni. Baru tahun ni juga start tuisyen.. harap2 anak2 kita berjaya score yg terbaik..
he..he.. senyum saya sorang2 bila baca komen hanis. bukan apa..gitu jugalah saya, terkadang lelah nak perati hmwork diaorg, keje umah & baby. eh! blog lagi..
hihi sabo2.. :D anak buah deela minggu ptama ok masuk minggu ke 2 dia nngs2 xnak g sek..takut nak g sek..mcm2 :D
Meh singgah: Mohon Maaf Pertikai Azan
deela! adalah tu yg tak best kat sekolah tu. ajaklah dia borak2..korek rahsia apa yg tak best kat sekolah tu.
omg! beg skolah time skolah toksah kata la.. time skolah rendah anat kena naik tingkat paling atas. beg brat.. subhanallah..taktau nk kata. :)
tp itu la zaman skolah rendah. :)
spatutnya.. bg cikgu2 diorng patut bg tau murid2 buku mna yg ekna bawak untuk hari2 tertentu. nih tak.. sekali hentam smua buku diorng suruh bawak. buku teks dah ada 2,3buah.. :)
anat fllow sini ek
pengorbanan ibu bapa...sy xde ank lg so xtau nk komen camne..hehe~
jum lunch sama jum..pi limau nipis lah..ngee~ ^_^
alahai..kesian anat. dah le kecik molek. takut beg beso drp tuan. nasib baik juga semangat anat beso. itu le..buku bawak 2-3, gunanya 1 je.
yana : tak pe le.. nanti ada le anak pulak. itu le guna kawan2 kat blogger ni..share masalah, mungkin nanti yana ada idea yg lagi ok..share dgn kitaorg lak. heh..limau nipis, i know tht area. atas tu dulu sureco tukar jadi HR ye?
Post a Comment