Hari Jumaat, jadi sudah tentulah kaum lelaki akan ke masjid menunaikan solat Jumaat. Jika di kawasan aku, para penduduk di sini akan beramai-ramai berjemaah di Masjid Al-Azhar, KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Lebih kurang 3-4 minit saja dari rumah aku kalau memandu keretalah. Aku tak berapa pandai nak agak2 berapa kilometer. Nantilah bila aku ke sana, aku tengok2kan di meter kereta aku.
Aku berharap sangat agar pembinaan masjid baru di Bandar Seri Putra dapat dilaksanakan segera. Ianya bukan hanya untuk penduduk di Bandar Seri Putra, tetapi juga untuk seluruh penduduk Bukit Mahkota & Impian Putra. Usaha untuk mengumpul dana bagi membina Masjid Al-Mustaqim sedang giat dilakukan di seluruh kawasan terdekat termasuk di Bandar Baru Bangi. Antaranya usaha kecil di sini untuk korang jengah sejenak.
Tapak utk nak bina Masjid Al-Mustaqim ni pun dekat le sangat dgn rumah aku. Jalan kaki pun 15 minit dah sampai. Kalau tak jalan melenggang-kangkung le. Naik kereta cuma 2 minit je. Betul2 berdepan dengan SRA (Sekolah Rendah Agama) & dekat juga dengan SMK Bandar Seri Putra. Senang anak2 yg bersekolah di SRA tu nak pergi solat Zohor/Jumaat sebelum waktu persekolahan bermula pukul 2.45 pm bagi sessi petang. Penduduk paling dekat dah tentu penghuni dari apartment Vista Seri Putra.
Semalam yakni hari Jumaat, aku bergerak ke Bandar Baru Bangi agak lewat, lebih kurang pukul 2 petang. Waktu itu dah ramai jemaah Masjid Al-Azhar, KUIS bergerak pulang. Ada yg berkereta, berbasikal & ramai juga yg menunggang motosikal. Jaga2! Tunggang! Jangan tunggang langgang!
Ramai juga yg tidak memakai topi keledar/helmet semasa menunggang motosikal. Leceh agaknya. Nanti nak letak mana masa solat di masjid. Terpulanglah untuk memikirkan keselamatan masing2. Aku ternampak dua org insan yg begitu rancak berbual semasa sedang menunggang motosikal masing2. Maknanya bukanlah penunggang dgn pembonceng motosikal. Sama2 bersaing kiri dan kanan di tengah2 jalan raya tu. Macam2! Tak risau keselamatan diri sendiri & orang lain. Lainlah kalau sekadar angkat tangan tu ok juga. Ajak ke tepi jalan dulu kalau ada nak cakap sesuatu. Kalau rasa panjang ceritanya, bolehlah sama2 menghala ke restoran berdekatan atau jumpa di mana2 yg sesuai.
Dulu ada juga aku ternampak yg tunggang motosikal sambil berbual di handphone. Sebelah tangan pegang pedal motosikal, sebelah lagi pegang handphone. Canggih betul!
Ini kisah yg berlaku di Kuantan. Kemalangan berlaku atas penunggang & pembonceng ; maknanya mereka serentak naik motosikal yg sama le (nak bagi jelas sikit!).
Petikan Berita di Harian Metro.
Ajal ketika rancak berborak
Oleh Zaitie Satibi
KUANTAN: Kerancakan dua sahabat berbual sambil menaiki motosikal tidak bertahan lama apabila seorang daripada mereka maut selepas kenderaan ditunggangi mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 15, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Semangat, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa yang juga pembonceng dikenali sebagai Muhamed Nazri Mat Yusof, 53, dari Kampung Pulau Jawa, Pekan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah di kepala.
Rakannya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah, Rosdan Bidin, 46, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Menceritakan detik kemalangan itu, Rosdan berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Pekan selepas menziarahi rakan yang sakit di HTAA sebelum motosikalnya ditahan mangsa yang mahu menumpang di Jalan Gambang.
“Arwah juga mahu pulang ke rumahnya di Pekan dan disebabkan arah sama, saya tidak keberatan menumpangkan dia. Tambahan pula kami sudah lama berkenalan kira-kira empat tahun lalu ketika sama-sama bekerja di pasar.
“Dalam perjalanan, kami berbual-bual mengenai banyak perkara kerana sudah lama tidak berjumpa. Ketika bercerita saya banyak kali menoleh ke belakang untuk memandang mukanya dan sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal saya hilang kawalan sebelum terbabas ke tengah jalan,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat HTAA.
Menurutnya, sejurus motosikal itu melanggar pembahagi jalan itu, arwah terpelanting dan kepalanya terhentak atas jalan menyebabkannya mengalami cedera parah dan meninggal dunia.
“Saya mengalami luka di tangan, badan dan kaki akibat terjatuh sebelum orang awam yang melalui tempat kejadian membantu menarik saya ke tepi jalan selain menghubungi polis.
“Saya masih terkejut dengan kejadian itu kerana rakan baik tiba-tiba meninggal dunia di depan mata sedangkan kami baru bertemu dan berbual-bual,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian. “Mayat mangsa yang bekerja sendiri dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga manakala polis mengambil keterangan penunggang motosikal itu bagi membantu siasatan,” katanya.
Alfatihah buat mangsa kemalangan yg kalau mengikut kejadian itu berlaku semalam, hari Jumaat pada pukul 4.30 petang. Semoga mangsa di tempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Salam takziah buat ahli keluarga atas pemergian insan tersayang.
2 comments:
berborak sambil drive mmg bley leka..sy klu syok borak dgn org sebelah mesti sesat jln..hahaha..pehtu ms borak mesti nk buat gaya tgn skali..abes stering tah kemana, mata tah ke mana...isk isk~ =P
tp kn mungkin mmg dh ajal dia kn..takziah buat keluarga mangsa
yana...itu kalau berborak. kak liza ni pun kadang tengah drive boleh fikiran melayang ke mana2. Bila tersedar je...Ya Allah! Nasib le tak jadi apa2 yg buruk. Nasib baik juga tak terlebih berangan..he..he..
Post a Comment