Friday, 14 January 2011
Blog & aku
Anak sulung aku tanya "macam mana mama dpt idea nak tulis kat blog tu banyak2?". Ala kak...mama ni redah aje. Aku ni bukan le nak jadi penulis novel, cerpen atau puisi. Tapi kadang2 aku suka ambil pen & menulis di buku2 kosong lebihan buku sekolah yg lama2 tu. Aku sokong kawan2 yg suka berpuisi/bercerpen seperti ex-office mate aku ni Abg Ameed. Dia memang rajin menulis yg kadang2 dihantarnya ke surat khabar juga.
Lately boleh kata hari2 aku terjah blog Hanis sebab mungkin dia juga seorang ibu seperti aku. Jadi banyaklah story2 hariannya yg dia share yg bukan sekadar cerita kosong tetapi juga sebagai panduan & motivasi utk kita semua. Aku enjoy blog Yana yg baru je follow blog aku. Seronok ; Macam2 ada. Jaga2 tunangan orang tu...tak lama dah. Elok sangat Yana ronda2 blog Hanis tu.
Kadang2 kita bercerita masalah yg sama, tetapi mungkin juga penyelesaiannya berbeza. Itulah yg aku dpt dari blog2 teman2 aku. Berniaga juga mungkin barang yg sama tetapi mungkin cara juga berbeza. Jadi yg elok itu kita boleh ikut, yg buruk itu sebagai ikhtibar saja. Ada juga perkara yg tak terlintas lansung difikiran tetapi elok diamalkan atau juga mungkin amaran buat kita supaya lebih berhati-hati.
Aku berblog ni pun kerana teruja dgn blog adik aku Puan Ainul A.B. Blog dia wujud sejak May 2007.... dah 3 tahun lebih tu. Masa tu aku memang tak dpt le nak blog2 ni. Kerja full time dgn anak 4 org. Ooo...tidaklah aku. Kelam kabut nanti. Dia study IT, memang senang le buat blog ni. Tapi yg bestnya sejak mula hingga sekarang, itulah background blog dia.. dot..dot.. biru tu. Hinggalah awal 2010 rasanya dia buka butik mayanya Asterisk Boutique yg laris bebeno sekarang ni. Rata2 customer suka blog dia yg 'friendly user'. Senang nak pilih tudung. Walau pun sibuk dgn kerja, anak2 tapi dia sgt 'passion' dgn butiknya. Alhamdulillah... selepas tu barulah 2 blog aku ni wujud hingga kini. Dan blog2 anak2 aku juga.
Aku wujudkan blog utk anak aku utk improve skill menulis mereka. Kalau bukan hasil idea sendiri pun tak apa. Kita pun belajar secara meniru tetapi semuanya aku pantau le. Anak2 aku memang suka melukis, suka buat anyaman & kerja2 seni yg lain. Ayah mereka sokong dgn belikan kamera utk mereka kumpul gambar2 hasil seni dan sebagainya dlm blog masing2. Berguna utk mereka sendiri & mungkin juga utk org lain. Kadang2 tak sempat aku nak upload gambar, harapkan anak sulung aku yg suka buat kerja tu. TQ kakak!
Insyaallah... blog2 ini juga bakal menjadi tatapan anak2 kita nanti utk merungkai sedikit sebanyak sejarah kita sama ada terperinci atau tidak. Bak kata blog Asyikin "A picture is a poem without words"... sesuai utk Ikin yg kadang2 "Ikin tak tau nak tulis apalah mama!".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
thanks yer sudi bertandang ke blog saya.. saya pun suka ke sini juga.. sbb selalunya dari kisah org lain kita boleh jadikan panduan hidup kita pula.. saya pun dpt idea untuk meningkatkan skil penulisan anak dgn cara berblog di sini.. hmmm.. boleh difikirkan ni.. sbb anak saya pun agak lemah penguasaanya dalam penulisan.. Thanks again yer..
sama2 kasih... sama2 tukar idea utk kebaikan bersama. Insyaallah!
Terima kasih untuk blog yang menarik
Post a Comment