Aku memang suka cuba2 makan di macam2 jenis restoran. Aku rasa ramai juga antara kita yg begitu. Bagi aku sama ada sedap atau tak sedap masakan tu tak menjadi hal sangat. Kalau sedap, boleh aku datang lagi, kalau tak sedap boleh cari restoran lain. Tapi yg aku tak puas hati adalah servis yg bagi aku memang tak patut & kelakar pun ada.
Bila aku sampai je dgn anak2 aku yg 5 org ni, memang tak ada kerusi yg cukup. maksimum utk 4 org je. Macam biasa kita akan tambah le meja atau kerusi. Yg peliknya si minah waitress tu boleh cakap kat aku "akak tariklah kerusi yg kat belakang tu!" Aku pun senyum kat awek tu dan berkata "Sepatutnya awak yg ambilkan kerusi tu utk saya yg sedang dukung baby ni!" Dia nak suruh aku tolak dgn kaki ke? Sofa jenis square tu. Berat tu.. Ini le sofa square tu
Lastly aku ambil sendiri sofa tu. Malas nak kecoh. Si Arif bagi kakaknya pegang sekejap. Kalau Anak2 aku yg besar masa tu dok sebelah dekat sofa tu memang le aku suruh dia je tolak. Agaknya minah tu nak pujuk aku, "akak nak baby chair ke?" Aku angguk je le! Angin dah terasa tapi sabor je la.
Bila tiba bab order still ok le. Bab hantar makan, ada satu makanan yg lambat sampai. Yg lain dah sudah nak makan. Anak2 aku order jus smoothies ; mangga, oren, strawberry. Waiter tu letak sudu dlm gelas tu. Yg satu sudunya panjang, yg dua lagi pendek...lama2 tenggelam. Aku dah gelak dulu dgn anak sulung aku. Ntah apalah yg diaorang pikir agaknya. Nak bagi sudu pun biarle logik. Kalau dah tenggelam, camner nak kacau. Aku pun mintak le sudu panjang. Tak sampai2 sudu tu sampai le aku balik. Tengok bil... RM98.10. Tak berbaloi lansung dgn standard, jumlah & kualiti makan. Rasanya makan kat Chicken Rice Shop (yg setara le standard dgn restoran ni) pun baru RM85 tapi memang meriah juga utk kami 7 beranak.
Mintak satu sudu pun tak sampai2 sedangkan masa tu cuma ada 2 family je dlm retoran tu. Takkan tak cukup sudu. No wonder le tak de org nak dtg retsoran ni. Makanan ok, sedap juga tapi servisnya buat lawak. Aku tak boleh bayangkan betapa kalutnya depa kalau ramai customer datang kat restoran tu. Actually itu kali ke-3 aku datang situ. Selalunya berdua je dgn anak sulung aku. So tak de le kecoh sgt kot. Selalu pun memang waiter dia slow tapi aku tak ambil port sgt. Tapi bila melibatkan anak2 kecik aku...ish..maleh nak datng dah!
2 comments:
lain kali jgn datang dah... pergh banyaknya akak blnja... kalau saya tu, 10 hari makan! ps: 10 adab dgn isteri
Memang pun boleh beli banyak bahan mentah tu. Tapi bukan selalu pun akak belanja gitu. Ish... 6 org makan tu.. kalau pegi restoran yg biasa2 tu boleh juga 3 kali makan. Sekali-sekala bagi anak2 merasa. Kalau selalu, aduhai habis le sengkek akak ni dik oii..
Post a Comment