iklan

Followers

Pages

Tuesday, 25 January 2011

Ulser mulut...tak selesa betul!


Pernah kena ulser mulut? Sakitkan! Kadang2 gigi yg berdekatan pun jadi sakit. Ulser mulut : tompok putih kat dlm mulut tu. Kesiannya kalau baby yg kena. Yang aku nak share ni adalah apa yg aku buat, bukan saja2 copy tapi tak buat. Cara aku pulak simple je sebab aku bukan rajin sangat tapi tak delah sampai buat donno.

Kalau baby yg kena :

- Selepas minum susu, bilas mulut baby dgn bagi dia minum air masak. Aku guna sudu je. Kalau tengah malam tentu leceh. So kena standby air masak dlm botol susu yg kecil. Dapat dia minum seteguk dua tu jadi le. Pastikan ada penutup botol susu. Takut juga ada lipas melawat semasa kita tengah tidur.

- Sapu ubat pada mulut terutama sebelum baby tidur. Boleh beli di farmasi atau klinik. Selalunya org guna bonjela. Ikut aturan yg mereka nasihatkan.

- Jangan bagi baby minum air yg sejuk kerana ais walaupun sedikit. Yang sejuk biasa tu boleh le. Kalau bagi memang lambat le nak baik.


Kalau orang besar pulak :

1. Jangan malas gosok gigi pagi & sebelum tidur.
2. Lepas tu kumur dgn listerin atau yg sama fungsi dengannya. Jangan telan pulak *(^_^)*

3. Kumur dgn air atau listerin atau lagi bagus gosok gigi setiap kali lepas makan.
4. Pantang minum ais masa ulser mulut ni tengah bertepek kat mulut.
5. Rajin2 le minum air masak/mineral. Bukannya air manis.
6. Sapu le bonjela ke atau ubat yg doktor bagi. Step ni je jarang aku buat sebab malas.

Insyaallah... cepat baik & jarang le nak kena ulser ni. Good luck.

4 comments:

Myvitrd said...

memang tak selesa dah selalu kena kalau musim panas.. caranya banyakkan mandi supaya bahang panas dapat dikurangkan

Hanis Azla said...

bagus juga tips2 ni.. tapi sejak2 ni dah lama tak kena ulser.. Alhamdulillah, byk minum air kot skrg..

Puan Eka said...

ha selalu kene ulser ni..makan eskrem pastu bnyk minum air..beli oral aid kat farmasi..sebab die ley kurangkan sakit..pakai mase bangun tido,pas mandi,sebelum makan

Liza @ Adzriel AB said...

Myvitrd : betul.. rajin mandi. sejukkan badan & wangi2 juga. he..he..

hanis : bibir pun tak kering. satu lagi elok utk kurangkan risiko sakit kepala bila minum selalu.

cik eka : betul2.. makan ais cream yg creamy tu. mmg doktor ada advise jugak. oral aid dlm botol kecik hitam tu. ada word merah rasanya..