iklan

Followers

Pages

Friday, 21 January 2011

Glamour betul blog diaorang ni!


Wah... tentunya blog ni sangat2 glamour hari ni. Tadi aku ternampak address blog ni http://zahrainmp.blogspot.com/ di kaca TV berita TV3 tadi. Aku tak pasti sangat detail berita apa. Cuma rasanya merujuk kepada isu politik semasa. Aku pun tak rajin nak mendengar sebab sibuk dgn si kecil Arif. Bila aku jenguk blog tu... betul le hal politik. Korang boleh jenguk sendirilah.

Itu blog tentang politik yg sangat glamour yg sering juga mencetus kebimbangan di hati kita. Tak kurang juga blog yg bukan hal politik, tetapi menggamit rasa tidak puas hati & amarah di kalangan para blogger seperti yg boleh kalian telitikan di blog Anak Ulu Cheka ini.

Aku cukup respek dgn insan2 blogger yg dah glamour tetapi sentiasa mengalu-alukan kedatangan blogger baru mcm aku ni.. sudi kalian jadi follower aku. TQ le banyak2 kat Life 101 , Blog Daus, Dunia Aku Ibu Muda & ramai lagi le. Jenguk2lah rakan follower aku tu. Berkenalan menambah teman.

Teringin juga nak menyahut bebelan Ben Ashaari yg famous tu. Tapi tak tau bila agaknya. Begitu juga rajin macam RedMummy yg sgt berbaloi. Simple tetapi menarik seperti Hanis Zalikha, sweet pulak tu.

Tapi aku paling suka bila blog adik aku sendiri yg tak adalah berblog walking pun, cuma ada blog yg dibantu promosi oleh facebook aje tetapi follower & likes bertambah saban hari. Dia memang tak suka nak tag org lain di facebook tu. Sales pun setanding dgn gaji tetapnya. Blognya pun cukup simple & friendly. Apa yg dia lakukan hanya jujur dlm menjalankan perniagaannya. Tegas, tekun & ikhlas bila berurusan dgn customer. Itulah adik aku di Asterisk Boutique.

Apa2 pun, berbloglah dgn baik. Yang panas jgn ditambah apinya, kalau yg sejuk tu...alhamdulillah. Seronok berblogging ni sebenarnya. Bertambah kawan2 aku...eh! Ada yg setempat rupanya. Siapalah sangka bila dirisik2, entah2 ada yg sekampung agaknya. So..enjoy..

No comments: