iklan

Followers

Pages

Wednesday, 26 January 2011

Sterika baju sendiri ye!

Sejak ada baby Arif, terpaksalah ayahnya gosok baju kerja sendiri ye!

Hari ni anak2 yg sekolah rendah ada aktiviti kokurikulum (koko) petang nanti. Start pukul 3 petang sampai 5 petang. Setiap minggu wajib pergi hari Rabu. Bermakna mereka tak sekolah ugamalah pada hari Rabu. Yang terlibat dgn 'koko' ni cuma murid darjah 3~6 saja. Tahun ni baru pihak sekolah wajibkan murid darjah 3 terlibat sama. Jadinya anak aku yg dua org tu kena pergilah ; darjah 3 & darjah 5. Tak kisahlah sebab aku pun suka anak2 aku bersukan. Elok utk tubuh badan, elok juga utk otak. Yg tak elok tu kalau terlebih main.

Jadi tak payahlah aku nak gosok baju sekolah ugama si Azri (darjah 3) tu. Kakak2 & abangnya gosok baju sekolah sendiri. Azri cuma gosok seluar sekolah kebangsaan saja. Aku tak harap sangat dia gosok, takut rosak baju. Baju sekolah Azri tu aku beli brand 'school'. Kainnya agak nipis tapi sgt mudah digosok. Gosok bahagian depan je, belakang dah licin & cuma touch-up sikit2 je.

Semua anak2 aku mula gosok baju sekolah sendiri seawal darjah 4. Sekali-sekala je aku tolong gosokkan bila diaorang dah kalut sgt. Tapi memang kena bebellah dgn aku dgn ayat ni terutama yg sekolah menengah le. Aku dulu semua buat sendiri, basuh, sidai, lipat, gosok! Kalau tak buat alamatnya memang tak ada baju le. Memang le sebab dok asramakan. Hargai kehidupan di asrama! Ini ada juga aku yg tolong basuh & sidai kain diaorang. Anak2 semua kena lipat kain sendiri.

Bukan tak kesian bila tengok banyak homework diaorang nak buat. Tapi kalau tidak di asuh sekarang, bila lagi. Kalau iye pun nanti mereka berjaya & ada pembantu rumah, mereka perlu tahu juga urus diri sendiri. Sekurang2nya mereka hormat & faham dgn tugas2 pembantu rumah, tugas seorang ibu & tugas seorang isteri. Maksudnya! Tolong faham ye! Melalut dahhh...

Kadang2 tu aku ni thinking pelik juga ye! Nak tahu apa aku kata dgn anak2 aku kalau malas nak buat kerja kat rumah? Aku tanya diaorang! Kalau mama tak ada nanti macam mana? Siapa nak buat semua kerja ni? Mak tiri? Kalau dapat yg baik! Kalau dapat yg garang mcm dalam drama dulu2 tu? Hishh...geleng kepala pulak hubby aku baca entry ni nanti.

Bila ada hal2 yg aku rasa hilang idea pasal anak2, kadang2 tu aku rujuk kat mak. Adalah nanti mak aku bagi idea. Ye lah kan, kitaorang 5 beradik dulu pun nakal juga. Kecik2 dulu bergaduhlah, siap kejar2 lagi. Memang pening le mak aku. Ubatnya mak aku bagi cubit je. Itu yang bila aku marah anak2, terfikir juga "sendiri mau ingat la...".. he..he..

1 comment:

Liza @ Adzriel AB said...

Insyaallah, boleh berdikari tu. Biasalah sekali-sekala balik dari asrama nak manja2 dgn mak. Nak release mana2 yg bosan dok asrama pun iye jugak.