On the way perjalanan balik ke rumah, sempat dengar berita radio Era tentang kisah anak perempuan berusia 3 tahun meninggal dunia akibat didera ibu tiri dgn 70 kesan lebam. Manakala adiknya yg setahun lebih masih di rawat di hospital. Rasa nak menitis air mata aku mendengar berita sebegini. Masih teringat-ingat aku kisah dulu seorang budak lelaki berusia 4 tahun mati akibat dihumban oleh teman lelaki ibunya. Boleh korang bayangkan betapa tersiksanya anak sekecil itu menahan kesakitan. Alangkah kita yg dewasa pun boleh meraung. Aku memang benar2 geram.
Sebagai org dewasa, kitalah yg sepatutnya melindungi anak2 apatah lagi yg sekecil begini yg tak mengerti erti kehidupan. Tidak kiralah anak tiri, anak angkat, anak jiran, anak org yg tidak kita kenali, anak dari apa2 bangsa sekali pun memang tidak boleh diperlakukan dgn kejam. Mereka adalah amanah Allah yg dilahirkan dgn seribu rahmat yg tersirat. Kalau kita marahkan org lain sekali pun, bukan anak2 kecil menjadi mangsa. Kita pun nakal juga masa kecil2 dulu...
Aku pun kadang2 merotan anak juga... tapi di mana rotan tu perlu? Tapak tangan? Tapak kaki? Aku memang bukanlah kategori penyabar juga. Tapi berpada-padalah. Apalah budak berumur 3 tahun tu tahu selain main, makan, tidur & buat sesuka hatinya. Kita yg dewasalah yg perlu beri bimbingan.
JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.
Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.
Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.
“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.
“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.
“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.
Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
1 comment:
memang setanlah perempuan tu! moga dia dikenakan hukuman setimpal..
Post a Comment