iklan

Followers

Pages

Saturday, 22 January 2011

Baby safety lock

Merata kedai hardware aku mencari barang ni. Apa namanya ye? Cangkuk yg boleh adjust yg biasa digunakan pada music box atau jewelery box. Kecil je saiznya. Aku nak pasang pada pintu kabinet dapur rumah aku. Baby Arif aku sekarang ni cergas betul. Rajin sungguh menolong aku 'mengemas' barang2 dapur terutama bekas plastik & cawan. Pandai pulak tu pilih cawan plastik aje. Dah empat kedai hardware aku tanya sejak semalam. Ada satu kedai tu cadangkan aku ikat dgn dawai...ewah! Nak kena marah dgn hubby aku, buat le! Tokey kedai tu gurau je coz aku & hubby memang selalu juga beli barang di situ. Jadi dah kira camlah muka kitaorg ni.

Tibalah aku di satu kedai hardware yg baru je buka tahun lepas di Bandar Seri Putra ni. Dekat dengan restoran Delima rasanya. Jalan dekat 7-Eleven & Balai Polis juga. Tokey kedai tu cadangkan aku guna baby safety lock yg dia sendiri pasang pada peti sejuk. Katanya di kedai Cosway pun ada. Macam good idea je, aku pun beli le satu kat kedai hardware tu. RM8.50 je.

Lepas tu aku singgah juga di kedai Cosway yg sederet juga dgn kedai hardware tu. Murah sikit, RM6.90 je. Rupa yg di Cosway tu lebih kurang macam dlm gambar ni je. Tapi nak friendly yg aku beli di kedai hardware tadi ; klip dgn mudah je. Yg ni nak kena pasang macam butang baju tu. Boleh le tanya mana2 kedai hardware.


Selepas aku pasang pd pintu tu, Arif macam mengomel kat aku tunjuk pintu tu tak boleh buka. He..he.. Kalau tak letih le kejap2 nak kutip semua barang kat ruang tamu tu. Letih le adik oiii...

Lekatkan benda tu guna double side tape je. So tak payahlah nak tebuk2 lubang skru pun. Hubby aku tak marahlah kalau gitu caranya. Kalau tebuk2 ni dia tak berapa suka. Benda ni dah wujud lama, tapi baru aku tau hari ni. He..he...anak dah 5 pun ye! TQ le kat tokey kedai tu. Share kat korang juga. Bila aku nak search gambar ni tadi (malas nak ambil gambar betul!), macam2 jenis lock ada utk baby. Boleh le jengah2 kat google image. Taip je "baby safety lock".

No comments: