iklan

Followers

Pages

Friday 14 January 2011

Design blog sendiri...boleh tahan!

Semalam aku agak busy mengadap PC sebab menggodek gambar2 comel utk blog anak dara aku yg suka sangat color pink. Bukan kakaknya di Love The Art, tapi adiknya di Asyikin's Passion. Jenuhla aku membuatnya dgn ilmu IT yg cari sendiri ni. Jenguk blog orang lain ambil sikit idea depa kat Geng Pink. Thank you juga pada Cik Eka yg bagi dorongan pada Kak Liza.

Siap juga blog pink dia! Walau pun kakaknya kata "Pink sangatlah mama!" tapi adiknya kata kata "Eh! Ok, cantiklah mama! Ikin suka!" Heh! Kembang jap mamanya. Bagai nak rak design gambar utk blog title, saiz side bar, saiz utk posting & warna2 font & jenis2 font. Menggodek jugalah aku kat code html yg entah apa2 tu.

1. Blogger templates tu aku curi kat pimp-my-profile.com. Aku jumpa pun semasa search Google utk Blogger templates je. Banyak jenis yg aku jumpa, tapi kat website ni yg aku rasa sesuai & mudah.

2. Design gambar kat Power Point - add picture Ikin & Sakura cardcaptor favorite dia yg aku search kat image Google. Aku tambah bunga2 kecil guna clip art je.

3. Aku select semua gambar2 tu dan Save As Picture type PNG (Portable Network Graphics Format) kat folder My Document je. Sebelum ni aku save guna type JPEG (File Interchange Format) tapi hasilnya tak cantik bila aku uploadkan ke blog sebagai tajuk.

4. Then barulah aku up-loadkan kat Design sebagai Blog title. Kena klik "shrink to fit" le. Itu pun banyak kali adjust saiz gambar tu... maklum le, cerewet juga aku ni.

5. Lepas tu aku adjustle saiz2 side bar, post kat Edit html. Wah! Biol juga aku dibuatnya. Mulalah search color code utk html kat Google lagi...TQ Google.. ada 2 table yg aku guna ; kat Computer Hope & HTML Color Codes.

6. Nak tukar font, tapi dpt buat utk tajuk side bar je. Sebab aku dah penat. Kena letak 2-3 jenis font yg hampir sama ; itu yg aku baca kat tizaq.com le.

Penat punyer pasal aku pun letak le gambar kucing kat side bar tu buat release tension! Punyerlah sukanya baby aku si Arif tengok. Dia pun ikut nak geleng2 kepala dia mcm kucing tu. Make sure ikut rentak lagu Wali band tu.

Myspace Graphics
Kalau nak berwirid pun boleh juga... ni pun dpt dari pimp-my-profile.com

Malamnya pulak aku tukar design kat blog aku lagi satu Adzrien Shoppe pulak. Kali ni sekejap je le sebab dah ada ilmu tadi..he..he.. Tak yah keluar duit upah orang pun. Sendiri bikin je! Murah2 pun mau ada yg caj RM20 ni. Cewah... boleh niaga ni..he..he..

2 comments:

Hanis Azla said...

wah, kira terorlah klu dah boleh buat sendiri tu.. smlm singgah juga blog love the art yg cantik tu.. bercakap juga sendiri, ni blog anak liza kot..

Liza @ Adzriel AB said...

Passion punyer pasal le ni. Bagai nak rak le membuatnya. Terjegil bijik mata nengok code html tu.