Monday, 24 January 2011
Jangan tak kenal jiran!
Semalam jiran sebelah kanan rumah aku call. Katanya nak balik kampung kat Pulau Pinang. Mak aiii..jauh le perjalanan tu nanti. Anak hang cuti ke? Tak pa lah, sehari je anak tak pi tadika. Ada apa balik 2 hari je. Tak dak apa aiihh... Ooo..mak hang rindu kampung dia kot. Mak jiran aku ni dok sekali dgn anak dia. Suka juga sekali-sekala borak dgn mak dia. Umur dah 60 lebih..awet muda. Kalau pi kedai pun jalan kaki je. Bukan nak anak dia pi hantaq pun. Samalah anak pompuan dia ni... umur dah 30 lebih tapi macam awal 20-an je. Padan dgn laki dia pun....baya aku tapi aku dok bahasakan diri aku ni kak liza jugak.
Dia pesanlah kot ada yg nak datang mencari nanti, pandai2 la kak liza bagitau. Sekarang ni macam2 orang buat. Ada yg dok punggah barang jiran sebelah dlm lori, tapi kita buat tak tau je. Ingatkan jiran nak pindah, rupanya tengah dok curi barang. Itulah kalau tak menegur jiran. Kalau aku tengok orang angkut barang, mesti nak bertanya tuan rumah dah. Peramah..he..he..
Jangan risau, hangpa balik la elok2. Jauh perjalanan tu dgn anak kecik lagi. Hati2 lah drive keta tu. Kalau ada apa2 kat sini, taulah kak liza nak uruskan.
Dulu jiran yg sebelah kiri ni pulak pernah juga rumahnya dipecah masuk. Rumahnya lot tepi, maknanya rumah aku yg ke-2 le. Pencuri tu cungkil ikut sliding door. Aku pun tau pasal makcik awet muda di bagitau ada polis datang tanya. Polis tanya kat makcik tu sebab kebetulan masa tu aku tak de kat rumah. Mak cik tu tak de nombor hp jiran sebelah kiri aku ni.
Jiran sebelah kiri ni belum pindah sepenuhnya lagi ke rumah dia ni. Masih tinggal kat KL sebab anak2 dia sekolah kat sana lagi nak exam SPM. Tahun lepas ada yg PMR. Agaknya tak nak ganggu tumpuan belajar anak2 kalau pindah sekolah. Kadang2 tu hujung minggu depa datang tidur kat rumah baru ni. Semua dah complete dalam rumah tu pun. Dah siap buat renovation lagi.
Bila mak cik tu dah bagitau, aku pun terus le call jiran aku tu. Call isteri tak dapat, call suaminya. Aku bagitaulah semuanya. Kebetulan adik dia ada juga duduk di taman berhampiran, jadi dia datang dulu le buat checking rumah. Aku bagi depa nombor telefon Polis kat balai Bandar Seri Putra utk depa buat makluman. Petang tu si suami datang jenguk rumah dia. Nasib juga tak sempat nak curi apa. Tapi bersepah sikit le. Kalut agaknya si pencuri, entah2 ada org lalu. Kat sini rajin juga Polis meronda. Terima kasihla banyak2 kat abang2 polis. komuniti di kawasan aku agak rapat dgn abang2 polis ni.
Pernah juga aku tengok auto gate jiran aku tu terbuka sebelah pintunya sepanjang malam. Adakalanya dia tertutup sendiri pulak. Aku jadi risau memikirkan ada orang masuk ke? Nak kata depa ada balik rumah, kereta pun tak de, rumah gelap & sunyi. Apa lagi..macam biasalah aku call depa. Dia pun terus datang dari KL sebab adiknya yg dok sini pun tak boleh buat apa2 dgn pintu gate tu. Suspenlah jugak masa tu.
Pasal auto gate ni patut korang ambil perhatian sikit. Utk yg guna auto gate je la. Aku pakai remote manual je...tolak dgn tangan..he..he.. Jiran aku ni selidik punyer selidik, call tukang buat gate tu utk datang check. Rupa2nya, frekuensi gate dia sama dgn jiran kat corner lot yg bertentang penjuru/sudut dgn rumahnya. Laaa... camner boleh jadi macam tu. Bila rumah satu lagi tu buka gate, pintu pagar jiran aku ni tertutup. Begitu juga sebaliknya...berlawanan tutup & buka. Tak taulah camner boleh jadi gitu. Dulu tak pulak. Dah tu repair le...
Jangan tak mengenal jiran. Setidak-tidaknya jangan kedekut nak senyum dgn jiran. Rasanya aku ni kenal jiran2 yg sederet rumah aku. Depan rumah aku & sebelah corner lotnya kosong lagi. Kalau tak ingat nama pun, kadang2 bila depa lalu depan rumah aku tu angkat tanganlah juga. Aku bolehlah cam kereta2 jiran2 aku sebab depa kalau nak pi mana2 kena lalu depan rumah aku dulu.
Dulu pun masa aku tinggal di Bandar Baru Bangi pun memang sentiasa simpan nombor2 hp jiran kiri kanan aku. Begitu juga di Sungai Ramal Baru, Kajang pun rapat dgn jiran2. Bila ada kenduri pun boleh sama2 tolong memasak. Bukan pandai pun... Memasak...buat je! Boleh la setakat nak potong2 bawang tu. Memang seronoklah kalau kita kenal jiran2 kita ni sebab merekalah orang yg paling dekat dengan kita selain drp adik-beradik kita sendiri. Kalau ada apa2 kecemasan pun, jiranlah yg boleh sampai dulu.
Jadi aku memang rasa pelik sangatlah kalau kita tak baik dgn jiran, tak bertegur-sapa, menyombong. Bukan nak terlebih mesra...agak2lahkan! Pandai2lah kita nak pakai cara yg sesuai berbaik dgn jiran sebab karektor org ni berbeza-beza. Kalau dah tau jiran tu tak rajin berbual, cukup le ambil no hp dia takut kalau2 ada kecemasan ke. Kalau terlebih peramah pun boleh buat org tak selesa juga. Yg penting kita ni yg jgn sombong buat muka tak tahu je dgn jiran. Kalau dia yg sombong, biar dialah. Moga Allah bukakan hati dia supaya jgn sombong. Kadang2 kita tak tahu sebab dia begitu. Entahkan suaminya tak suka isterinya berbual dgn jiran, entahkan isterinya pun begitu. Bersangka baik je lahkan.
Bacalah Adab berjiran.
Kalau korang taip perkataan jiran di SEARCH THIS BLOG di sudut kanan atas blog aku ni & cari di My Friends akan nampak banyak kisah2 tentang jiran yg di post oleh rakan blog2 yg aku 'follow'. Bila ada masa, bacalah utk kita ambil yg mana baik, yg buruk buat panduan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
btol btol..jiran tu mcm keluarga kedua kita kn..bagus la dpt jiran cam akak..ada mslh je bgtau..amek berat gitu kn..hehe~
jiran blogger pun penting gak yana. tengahari ni nak jumpa sorang jiran blogger ni kat bangi. next yana pulaklah... *(^_^)*
rumah saya pun guna remote manual utk gate mcm akak juga.. he..he.. betullah, jiran2 ni sedara yg paling terdekat utk kita.. klu tak berbaik mmg susahlah..
betul2...jgn buat tak tahu je kalau ada yg pelik. lagi pun rasa mcm bengong je kalau dpt jiran yg mcm robot...buat deekkkk je.
btol kak liza kena wat baik ngan jiran tp kalo jiran yg sombong mcm mana..kita bukak tingkap senyum kat dia tp dia terus tutup tingkap..mcm mana tu?? :P
Meh singgah: Perkhawinan Ayu Raudha & Zaquan Adha!
deela : yg sombong ni mmg ada. kak liza pun pernah mengalaminya. kak liza buat dek je le. dua tiga kali kak liza sengih pun dia mcm buat tak nampak je. terima seadanya.. tapi bila tiba2 dia tegur, jgn buat sombong lak. cuma setiap kali dia terpandang kak liza, kak liza senyum je le walau pun cepat2 dia buat tak nampak.
tq...share n3 ni
Post a Comment