Pagi tadi Asyikin ada merentas desa di sekolah. "Penatlah mama!". Tak pelah, anak mamakan kuat! Asyikin ni walau pun agak montel, tapi cergas budaknya. Bulan Ogos nanti cukup le umurnya 11 tahun. Birthday sama dengan Mawi AF3..he..he..
Lebih kurang pukul 10.45 am aku nak pergi ambil Asyikin di sekolah, si kecil Arif dah pandai merayu nak ikut sama. Amboi.. tak padan dengan kecik. Tak nak dia tinggal dengan kakaknya Aishah di rumah. Dah besar baby aku ni dengan mulut asyik mengomel je. So duduklah Arif berdua dengan abangnya Azri dalam kereta.
Perjalanan 3 minit dari sekolah balik ke rumah tu sibuklah Asyikin bercerita tentang si Najman yg menang dapat nombor 3. Najman ni anak kawan aku juga. Akademik pun bagus juga si Najman ni. Baru darjah 4.
Pukul 3 pm aku dah kalut suruh anak2 bersiap nak ke KLIA airport sebab nak jemput hubby aku. Perjalanan cuma makan masa lebih kurang 30 minit je. Pagi tadi dalam pukul 10 am hubby dah bagi pre-info nak tiba pukul 2.30 pm. Lepas tu pukul 12.30 tgh call lagi kata flight delay, mungkin pukul 3.30 pm baru tiba. Hubby aku pergi mana ni ye?... klik Bersantai bersama Rossa.
Aku lalu R&R nilai yg menghala ke Seremban sebelum masuk susur ke KLIA. Kelihatan ada banyak kereta park di situ. Eh! Dah bukalah. Aku pun tak pasti berapa bulan depa tutup R&R ni untuk buat renovation. Harap banyak benda yg improve. Mungkin jumaat atau pagi tadi agaknya mula dibuka sebab hari khamis aku lalu sebab hantar hubby ke KLIA juga. Ni nak ambil pulak.
Macam biasa aku akan park sekejap di Petronas dekat KLIA tu sementara tunggu hubby aku call lagi. Petronas tu pun ditutup sementara, ada renovation. Lama juga menunggu, dekat setengah jam juga. Sempat layan CD Rossa & Maher Zain sambil borak2 dgn anak2 dalam kereta.
Hubby call, aku start bergerak semula ke balai ketibaan. Banyaknya kereta yg datang menjemput. Ada juga yg pentingkan diri sendiri macam cerita pagi tadi lah agaknya ; Drive thru yang menyusahkan. Serupa tapi tak sama.
Kat situkan ada 2 lane. Biasalah biasanya lane kiri sekali ramai yg park sambil menunggu. Ramai juga yg park kekal sebab aku tak nampak pun drivernya. Lane tengah pulak ada yg park sambil menunggu, memunggah barang ke dalam kereta & kemudian berlalu. Masalahnya ada juga yg memunggah barang ke dalam kereta di lane paling kanan. Jem panjanglah yg kat belakang ni. Melebih2 betul diaorang ni.
Memandangkan lane tengah pun tak de ruang aku nak menyelit, lajakkan ajelah kereta sampai ke hujung dekat tiang 8. Aku call hubby "Sorilah yang! Jauh le nak jalan ke tiang 8 ni!". Menunggu lagi sebab dia jaga beg kawannya kejap sementara kawannya beli barang sekejap.
Excited si Arif bila nampak ayahnya! Rindu sangat ke? Aku pun rindu juga..*(^_^)*
Korang tau sebab apa aku rajin sangat nak hantar & ambil hubby aku kat airport?
Kawan hubby aku tadi pun naik teksi balik Bandar Baru Bangi ; claim le dengan company.
1. Sebab aku boleh drive le. Kalau tak ada lesen, nak wat camnerkan.
2. Sebab aku ada masa. Kalau kerja fulltime tu susah jugakan kalau ofis hour.
3. Sebab aku boleh buat. Kalau ada masalah leceh nak bawak anak2 kecik2 semuanya pun payah juga kan, atau masalah2 lain yg tak boleh nak elak.
4. Sebab nak eratkan kasih sayang. Hantar dengan kasih sayang, bila balik sambut dgn kerinduan.. eceehhh!
2 comments:
wah, dah hilanglah kot kerinduan tu yer kak.. he..he..
betullah kak, kdg tu tak puas hati juga dgn org yg pentingkan diri sendiri ni.. langsung tak nak fikir pasal org lain.. tak patut betul kan..
hanis : itulah, kenalah bertimbangrasa sikit sgn org lain.
Post a Comment