iklan

Followers

Pages

Sunday 23 January 2011

Apa ada pada nama?


Ada yang kata 'apa ada pada nama?'. Ada yg berpendapat nama tidak memberi apa2 makna atau tidak sepenting mana pun. Namun bagi aku memberi nama2 yg baik itu penting. Memanggil dengan nama2 yg baik juga penting. Lainlah kalau mereka tak kisah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu." (riwayat Abu Daud).

Nama yang elok dan indah adalah yang sedap disebut, mempunyai makna dan maksud yang baik, tidak memberi makna dan sifat yang dilarang olah agama atau sekurang-kurangnya nama-nama asing dan mengelirukan.

Nama bukanlah faktor penentu menyebabkan seorang itu menjadi baik. Ia hanya langkah pertama dan permulaan yang semestinya disusuli dengan didikan yang sebaiknya.Tugas ibu bapa tidak hanya selesai dengan memberi nama yang baik sahaja. Ia perlu disusuli dengan asuhan dan didikan yang berpanjangan.

Nama anak juga elok disebut sepenuhnya bukan hanya ringkasan. Setiap pemilihan nama sebaik-baiknya bertujuan menjadi doa serta dipercayai berkaitan pula dengan pembentukan sahsiah anak tersebut. Jadi, apabila orang memanggilnya dengan nama tersebut, pada sepanjang hayatnya seolah-olah berdoa untuk mereka.

Alhamdulillah kerana nama2 ibu bapa & ibu bapa mertua ku adalah nama yang baik2 juga. Begitu juga suami & anak2..mmm nama aku aje yang macam tak ada makna je. Tak pelah.. jangan panggil aku dgn nama yg bukan2 udah le.

Ibuku Sharrah binti Sulaiman, nama isteri Nabi Ibrahim AS. Berbintikan arwah datuk aku yang bernama Sulaiman, nama seorang nabi. Ayahku pula Allahyarham Abu Bakar bin Ngah Mat Drus @ Idrus, nama sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Idrus juga nama seorang nabi. Begitu juga ibu mertuaku, Hadijah binti Mohamad & ayah mertua iaitu Allahyarham Hashim bin Othman.

Nama-nama yg baik buat anak-anakku. Tentunya kalian begitu juga.

4 comments:

Woofer Storm said...

nama sy pun ada mkna tu,hehee bgus n3 ni,,

follow kat sini^^

Liza @ Adzriel AB said...

Alhamdulillah..moga menjadi doa yg baik sepanjang hayat. dah follow blog tau.

Tieah Madian said...

Singgah blog acik liza..
Hehe..
Nama sy pun oklah..
Ade gak maksud tapi spell tak berapa nak sama..
Takpe, zaman 89 biasalah..
Mana ade buku nama2 cam skrg kan..

Liza @ Adzriel AB said...

nama acik pun xde makna juga. tapi bila dah ada anak2 nanti, bagilah nama2 yg elok2. samalah acik, lagilah tahun 73. mana ada byk buku nama mcm sekarang ni.