iklan

Followers

Pages

Wednesday, 18 May 2011

Satu persatu tak sihat, dugaannnn...

Idea nak menaip memang le banyak cuma ada masanya aku tak berkesempatan. Lebih-lebih lagi hal berkaitan keluarga, kenalah aku dahulukan.

Baby batuk dan selsema, yang sulung sakit perut, anak yang nombor dua sakit kepala, anak yang ketiga sakit leher. Nasib baik doktor kata bukan beguk. Risau betul.

Hubby pulak macam nak demam aje, tapi tetap nak pergi kerja. Aku hulur ubat sakit kepala dan selsema, barulah nak makan. Boleh pulak hubby tanya aku "Boleh potong dua tak ubat ni?". "Abang ingat abang ni budak-budak ke?", aku tanya.

Ini pun aku baru je balik dari ambil anak aku yang keempat dari sekolah. Muntah-muntah dan cirit-birit di sekolah. Nantilah aku ceritakan pulak.

Dah macam hari-hari pulak aku ke klinik. Pagi, petang pun pergi pada hari yang sama. Agak kalut aku hari ni.

Sekarang aku nak ketatkan screw di bateri kereta aku dulu. Malam tu aku pasang agak kelam-kabut, ala kadar je. Semalam pun asyik lupa aje nak check. Janji nak up-load gambar pasal ni pun tak sempat lagi nak buat.

p/s : Bawa bertenang Liza... sikit punya hal je!

10 comments:

ibu qaleesya said...

dugaan akan selalu datang bila ALLAH nak menguji umatnye.. sabar lah ye akak

Hanis Azla said...

siannya.. semua tak sihat yer kak.. harap2 akak tak berjangkit pula... semoga anak2 & en.hubby akak cepat sembuh..

Daddy Ziyyad said...

sekarang musim panas + jerebu..

so mmg mudah kena influenza like symptoms...just remain indoor as much as possible + drink a lot of water

ummiross said...

Begitulah hidup ni, sihat dan sakit silih berganti, kalau anak2 sakit memang kita cepat risau kan Liza, semoga semuanya cepat sembuh

Affan said...

hehe suami akak dah besar2 pun tak suka makan ubat ye hehe.

biasalah tu, kalau dalam family, sorg sakit, yang lain senang berjangkit.
take cara

Ct Aja said...

wah, dugaan nye...byk2 sbr k..

cantekk said...

sabar ye kak Liza,,

Eyrique Ettiqazz. said...

semua ujian tu,biar susah dulu senang kemudian x pe...take care,jgn diri sendiri plak sakit...rumah jadi kalut plak..

sitiezahim said...

caiyok caiyok kak liza..hehe

Aku Ibu Muda said...

tingat aniq kat taska..masih x kebah demam panas...dari hari ahad lagi, mlm ni kalau tak ok lagi rasanya nk bawak ke hospital terus