Boleh tengok Vlog Ujang-Yana di SINI. Comel je Yana! Vlog sebulan sebelum kahwin.
"Gara-gara depa berdua kahwin, ramai pulak yang terjah blog aku semalam. Semalam bilangan pelawat mencecah angka 229 untuk 'unique visitor' berbanding bilangan yang biasa hanya sekitar 100 pelawat. Kira ramailah tu untuk blog aku yang tak famous ni."
Ramai juga yang datang dari blog Cik Epal dek kerana aku ada bagi dia 'name card' aku masakenduri Ujang-Yana yang ala artis tu. Tak sangka pula dia nak letak nama aku dalam entrynya NI. Terima kasih Cik Epal yang aku follow blognya dah lama juga rasanya, cuma teringat semula bila tengok Vlognya di SINI.
Tadi ternampak pula wajah aku ada di blog kenalan baru aku. Walau pun dia sebaya dengan aku dan anaknya pun sebaya juga dengan anak sulung aku, tapi tetap juga dia nak aku panggil Kak Chik. Ada tiga keping gambar aku dalam entry Kak Chik NI. Harap-harap dapat jumpa Kak Chik lagi.
Terima kasih pada silent reader seperti Wardah, Blog Syazni, Al-Qassam dan yang terbaru Akulah Bapak yang dapat aku jejak kerana meninggalkan kesan di Nuffnang akaun aku. Mana yang tak dapat aku kesan tu, terima kasih juga kerana sudi membaca entry-entry aku. Harap ada yang berguna untuk korang semua.
Banyak nama-nama blogger baru di ruang komen aku, 'shoutmix' dan juga 'follower' baru. Insyaallah aku akan jejak satu persatu walau pun mungkin lambat. Terima kasih!
Paling aku tak lupa mereka yang namanya ada di blog list aku ni yang sering saja datang jenguk blog aku tak lupa memberi komen membina. Terima kasih ummiross, Diana & Hanis Azla yang setiap hari akan jenguk blog aku termasuklah hari cuti umum.
p/s : Terima kasih Ben kerana blog Kak Liza masih dalam blog list http://www.benashaari.com/
10 comments:
Liza ni mudah mesra, sebab tu ramai yang suka, tak lupa pulak selalu promote kawan2..
post2 kak liza memang best...selalu sempat jadi silent reader jer... :D
ummiross : ishh.. apa kurangnya ummiross
Cik Puan Zura : terima kasih sangat dik zura.. kak liza dah add blog zura di bloglist utama "kunjungan selalu"
Aiseyh, x lama lagi femes la blog kak liza.. good luck! ;)
MySuaraBlog: Sebiji Telur Jer?
seronok kan jumpa. sok2 kita jmpa lagi eh. hihi
wah bagusnya semakin ramai pengunjung akak.. tumpang suka juga ni.. mmg seronok berkawan dgn akak.. semoga semakin bertambah2 kawan2 akak..
lama kan saya tak jengok blog akak..
sori ekk busy sikit..
cik EPAL : TQ dik
ZWAN SABRI : ish..ish.. takut glamer ni. biar glamer yg sihat.
Hanis Azla : sebab berkawan dgn hanis pun seronok. byk kak liza belajar dari hanis.
diana : tak pe... datang bila free je. jgn dipaksa2.
♥.::cintabunga™blogspot::.♥ : apa yg dinantikan tu?
Sofya : jgn risau, kak liza tak lupa dgn sofya.
kakchik@ella : moga makbul kak chik!
Post a Comment