iklan

Followers

Pages

Monday, 9 May 2011

Pakai 'walkie talkie' di rumah?


Gambar ambil kat SINI

Korang pernah nampak benda ni? Aku dulu panggil walkie-talkie je. Baru aku tau nama melayu dia Radio Amatur (RA). Orang lain dah lama tau, aku pulak yang lambat tau.

Semasa aku kerja kilang Sony dulu penggunaan RA ni untuk lebih memudahkan kerja-kerja maintenance yang lebih cekap dan pantas. RA dibekalkan kepada Supervisor bahagian pengeluaran produk dan staf-staf maintenance yang glamour dipanggil dengan nama 'budak IE'. IE tu Industrial Engineering. Sebenarnya bukanlah budak pun, bapak budak pun ada. Cuma panggilan saja 'budak IE' yang terdiri dari jejaka-jejaka tampan belaka...konon! He..he..

Jika ada berlaku kerosakan pada segala jenis mesin, jig atau masalah teknikal berkaitan dengan elektrik, maka RA akan digunakan oleh Supervisor untuk memanggil mana-mana budak IE jika kelibat mereka tidak kelihatan di kawasan berdekatan. Setiap saat mesin atau jig tidak dapat digunakan dan tempoh masa diambil untuk membaikinya akan direkodkan.

Setiap saat yang digunakan itu bermakna kerugian kepada syarikat kerana tiada pengeluaran terhasil. Mereka akan mengira jumlah saat yang terbuang dengan berapakah bilangan produk yang sepatutnya terhasil dan dijelaskan lagi dalam nilai matawang. Bila ditukar dalam bentuk duit, barulah mata kita ni nampak jelas kerugiannya. Begitulah cara syarikat Jepun bekerja di mana kerosakan yang berulang dengan kadar yang tinggi akan dianalisa pula cara mengatasinya dengan lebih efektif.

Penggunaan RA adalah salah satu cara untuk memendekkan tempoh masa maintenance yang terbuang gara-gara lambat mendapatkan 'budak IE' untuk membaiki kerosakan.

Sudah banyak kilang-kilang yang menggunakan kemudahan RA ini. Begitu juga di tempat kerja hubby aku. Ia sudah menjadi alat yang sangat penting untuk melancarkan kerja-kerja terutama dibahagian pengeluaran.

Adakalanya teringin juga aku nak gunakan dalam rumah aku. Letak satu RA di tingkat atas, manakala satu lagi dah tentu di tingkat bawah. Tak perlulah nak tinggikan vokal untuk meminta sesuatu dari bawah. Aku memanglah malas sangat nak turun naik tangga berkali-kali untuk sesuatu yang kadang-kadang terlupa nak diambil. Selalunya yang jadi orang suruhan aku adalah anak-anak aku. Alasannya "alaaa... exercise!". Pandai suruh orang lain bersenam ye.

Kalau nak tahu banyak lagi info tentang RA, bolehlah korang semua jenguk kat :

4 comments:

ummiross said...

Mana nak tau, satu masa RA pun jd keperluan dirumah,hehe..

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : lagi senang drp pakai intercom.

Lan Bingka said...

kak, setahu saya radio amatur bukan walkie talkie je. banyak lagi peralatan lain yg terlibat dalam komunikasi radio amatur seperti antena, repeater, radio komunikasi, dan lain2..:)

Hanis Azla said...

saya pun ada beli walkie talkie utk anak2 baru ni.. ala yg mainan punya tu.. tp functionlah juga klu nak panggil dari atas ke bawah.. siapkan dalam keta sorang kat depan sorang kat belakang pun guna walkie talkie juga.. he..he..