iklan

Followers

Pages

Wednesday, 4 May 2011

Kisah di sebalik background blog aku




Ni lah gambar background blog aku sekarang. Gambar original Aishah ambil masa balik ke rumah mak aku di Jengka 16, Pahang pada 16~17 April 2011 lepas. Hari kitaorang pakat gotong royong menyapu sampah dan sebagainya kat rumah mak. Inilah entry pasal gotong royong tu : Tak semena-mena meleleh air mata aku.

Pokok jambu air ni betul-betul kat belakang rumah mak je. Makan jambu ni dan cicah dengan kicap taruk cili sikit sedap juga kan. Makan begitu saja pun dah sedap.

Hari tu kitaorang lima beradik semuanya balik kampung. Memang dah plan awal nak bergotong-royong bersihkan rumah mak ramai-ramai.


Semangatnya anak aku nak membakar sampah. Yang mulakan api tu aku juga. Dia anak bandar jadi kurang sikit ilmu nak mulakan api bakar sampah dengan berkesan. Ye lah.. mana boleh pakai mancis aje kan! Aku guna getah tiub tayar yang dah rosak. Jenuh memotongnya guna atap zink kat gambar belakang tu sebab malas nak cari pisau. Hantam sajalah. Brutal sekali-sekala.

Ini baru sebahagian. Petang sabtu tu aku menyapu belakang rumah dengan dibantu oleh anak aku yang montel ni, Asyikin dan seorang anak saudara aku yang sebaya Asyikin juga. Aishah pulak tolong aku jaga si kecil Arif kat dalam rumah.


Ini baru kebakaran yang besar.. aku punya kerjalah juga ni. Nampak tak yang berbaju cerah tengah tunduk dekat dengan api tu? He..he.. akulah tu. Bila dah naik syok menyapu, rasa macam nak sapu semua aje. Masa ni dah agak senja. Esoknya abang ipar aku dengan abang dan adik ipar lelaki pulak sambung menyapu dan membakar sampah belakang bekas reban ayam di lokasi sama. Malam tu sengal-sengallah badan. Tiga empat hari baru hilang sakit kaki tangan. Tu lah pasal kalau lama tak menyapu kat luar rumah. "Awok duduk bandor, mane ade daun pokok nak disapu!".



Kakak aku pulak sempat buat kuih ni. Dulu ada entry pasal dia yang menang pertandingan memasak sebab buat kuih ni kat entry NI. Dia kata gambar yang aku letak tu salah walaupun bahannya hampir sama. Kuih yang ini guna beras pulut, lebih kering dan agak liat. Ha..ha.. suka hati aku je kan letak gambar putu piring tu..sedap juga.

Kelakarnya kakak aku guna acuan yang dia buat sendiri. Guna tin apa pun aku tak ingat dah. Aku cuma tahu yang aku lah orang yang makan kuih ni paling banyak.




Nangka ni pemberian jiran mak aku. Dalam perjalanan balik melawat jenazah Ustaz Harun dalam entry sebelum NI, aku, mak dan kakak berjalan kaki melalui rumah jiran tu. Jiran yang mula-mula memaklumkan pada kami tentang kemalangan yang telah menimpa Allahyarham Ustaz Harun.

Mak aku ni deria hidungnya kuat mengatakan nangka yang kami nampak di pokok jiran kami tu dah masak. Kebetulan jiran tu ada sedang bersiap-siap nak melawat jenazah juga, maka kakak aku pun menegurlah tentang nangka yang dah masak tu. Saja beramah mesra dengan jiran. Rupanya petang tu dia hantar nangka tu ke rumah. Dia cuma ambil 1/4 saja, yang selebihnya diberikan pada kami. Terima kasih banyaklah mak cik Tiah yang baik sangat dengan keluarga aku dan sering juga membantu mak aku.

Orang yang mula-mula serbu nangka ni dah tentulah adik aku ni. Woi! Jangan lahap sangat. Aku tak makan nangka, takut angin.. ecehh! Berpantang le pulak ye! Apa susah! Jamu herba angin ada kalau nak buang angin. Ujang sesuailah kot sebab suka benor buang angin.

11 comments:

Sal Saari said...

syokkan bila sekali sekala blik kg, sama2 gotong royong bersihkan halaman rumah sama2 ngan adik beradik..

Cik Puan Zura said...

siap ada jamu buang angin..ehehe... saya selalu toreh guna duit 50sen tu kat badan...kalau merah tu maknanya banyak angin... :)

Cik Puan Zura said...

siap ada jamu buang angin..ehehe... saya selalu toreh guna duit 50sen tu kat badan...kalau merah tu maknanya banyak angin... :)

Cik Puan Zura said...

siap ada jamu buang angin..ehehe... saya selalu toreh guna duit 50sen tu kat badan...kalau merah tu maknanya banyak angin... :)

diana said...

kampung saya tak best la kak liza..'kalau kampung suami best..
macam2 ada..
kampung saya yang best sebab ada mak je..
heheh

Sofya said...

bestkan lepak kat kampung...

nyanyisunyi said...

tenguk pokok jambu air tu teringat kat depan rumah mak di kampung pun ada gak sama serupa..

Puan Kutu said...

bagusnya..bkn senang dpt kumpul sekali 5 beradik!

Liza @ Adzriel AB said...

Sal Saari : memang seronok bila semua balik.

Cik Puan Zura : mesti le.. kak liza ni tak leh berpisah dgn jamu. nak order? he..he..

diana : kg hubby kak liza pun best juga. original kampung.

nyanyisunyi : mesti meleleh air liur tu

Puan Kutu : meriah sangat

ummiross said...

Seronok lah Liza buat kerja ramai-ramai ni, penatpun tak terasa...

sitiezahim said...

akak yg semua jauh pon leh pakat balik sama2..yg saya ni adik bradik dekat susahnya la nak carik time berkumpul..huhuhu
btw: sedapnye nangka, dah meleleh air liur ni huhuhu