iklan

Followers

Pages

Monday, 2 May 2011

Aku dapat menantu kedua

Sabtu @ 30 April 2011, aku dapat menantu kedua pulak. Eh! Eh! Menantu saudaralah kiranyakan. Anak saudara sebelah hubby aku yang kahwin. Abangnya yang sulung dah kahwin tahun lepas, 2010. Sekarang isterinya sedang pregnant 3 bulan. Wah! Insyaallah bulan 10 nanti jadi neneklah akukan! He..he..

Selamat pengantin baru buat anak saudara aku ni, Hairi. Bercinta dengan isterinya sejak di tingkatan 2 lagi. Moga bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Perjalanan rombongan pengantin lelaki bermula di rumah kakak ipar aku di Senawang menuju Gemenceh, Negeri Sembilan. Rasanya mengambil masa selama 1 jam 15 minit kerana melalui Lebuh raya KL-Seremban yang jem juga. Tol di susur masuk Alor Gajah pun sesak juga. Nasib baik guna 'Smart Tag'.

Mereka bernikah sehari sebelum majlis perkahwinan. Dengar khabar banyak juga soalan diberi kepada pengantin lelaki. Cuma tidak ditanya ada berapa rukun negara aje. Kalau semuanya sentiasa jadi amalan, Insyaallah boleh jawap semua soalan. Kalau sekadar hafal di lidah tu mungkinlah tergagap jugakan. Alhamdulillah, segalanya selamat dan berjalan lancar.

p/s : Ujang pun dah selamat akad nikah dengan Yana. Insyaallah, aku datang dengan Wani.

10 comments:

Muhammad Izuan said...

sodapnya air tu. huhu... lari tajuk plak

ZWAN SABRI said...

haha.. heran td sbb muda2 da dapat menantu.. tp rupanya menantu saudara.. HEHE


MySuaraBlog: Siapa Kata Coklat Tak Baik Untuk Gigi?

shafiq ahmad said...

rasa macam nak kawen sok je bila tau orang lain kawen..hehe

Hanis MY said...

wahh cantiknya pelamin raja sehari...comelnyaaa anak akak! pandai dia posing!

Dinas Aldi said...

selamat jadi mertua, kihkihkih!

ummiross said...

Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin...

Seronoknya dapat pegi kenduri kendara cuti2 macam ni..

atuk said...

Assalamualaikum Liza

muda2 dah dapat menantu...
nak jadi nenek pula...he he

Wassalam

Azah Rahaman said...

tahniahhh :PP dah maju belog akk skrg en ? elele

FadhDeela said...

kenduri kat mlk ke kak??nape xbgtau dtg mlk..:P

Meh sini: Video Marshanda Nikahh!! giler smart

Sini jugak: Trip to Penang!!Besttt!

MumMe said...

kak liza,mumme makan kenduri di n9 jg,tapi di bandar baru serting/bandar sri jempol,sabtu baru ni...