Kawan facebook aku!
- salam... nak tanya la.. tadi dalam jam 3 lebih ada gi kedai buku smart kat warta tu ker?... rupa cam akak.. tp takut n segan nak tegur...
Rabu lepas aku dapat message di inbox facebook. Kami memang tak pernah berjumpa, kenal melalui facebook aje. Aku yang add dia kerana nampak dia di wall facebook sekolah anak aku. Jadi nak berkenalanlah dengan para ibu yang kira dekat-dekat rumah aku juga le kan.
Dia nampak aku di kaunter bayar di kedai buku, Bandar Baru Bangi. Aku pulak tak perasan kerana leka berbual dengan anak aku. Mana taknya, letih menunggu cashier yang tersilap kira bil mencecah RM2,000 lebih... gilakan. Rupa-rupanya cuma RM11 je. Tak pe le.. cashier tu tersilap tekan. Aku tak de le kalut masa tu. Kesian orang lain yang menunggu le.
Bila dah berbual dengan Aishah tu (sebenarnya mengomel... lambatnyalah minah ni! Kau pening ke apa?) mata pun tidaklah memandang ke orang di sebelah kanan atau belakang. Mood kurang masa tu.
Aku tunjukkan gambar kawan aku ni pada anak aku Amirul,13 dan dia kata "Acik ni berdiri sebelah mama je!". Laaaa... ye ke? Serius aku memang tak perasan lansung.
Kawan aku ni kata, dia balik rumah terus check kat facebook. Sah itu aku sebab dia tengok gambar anak aku yang ada sama masa tu ; Aishah,15 dan Amirul,13 pun ada. Itu yang dia hantar message ni.
Aku punya cara akan tegur je sesiapa yang aku rasa kenal. Salah tak mengapa, boleh tambah kawan. Tapi tak semua orang macam aku. Aku memang agak peramah pun. Jadi kalau ada yang macam kenal aku di luar tu, tegur-tegurlah. Kalau korang tersilap, katakan saja "maafkan saya tersilap orang!". Jangan takut, mengasuh diri kita jadi yakin pada diri sendiri.
4 comments:
Seronoknya klu dapat jumpa Liza...,mesti meriah.
mak ai!! dari RM 11 jadi RM2000...hahaha..
kalau saya jumpa tengah jalan, saya tegur ya..cuma nanti mesti pelik,siapa lah mamat ni....:)
RM11 jadi RM2000 kalau saya pun tak pandang kiri kanan..
org pun takut nak tegurlah kalau tengok muka saya waktu tu..
mesti merah panas mambara..
agak2nya muka akak pun camtu la kot masa tu..he3
mak datuk, jauh beza sungguh dari RM11 jadi RM2K tu! kalau akak, pengsan dah kat situ :D
Post a Comment