iklan

Followers

Pages

Sunday, 22 May 2011

Al-Fatihah pada mangsa tanah runtuh Hulu Langat


Dari Metro PILU... mangsa yang selamat sebak melihat jenazah rakan yang terkorban.

Sebak hati aku bila mendengar berita di TV tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat. Mana tak sedih, tanah yang runtuh menimpa rumah anak yatim dan telah mengorbankan 16 nyawa termasuk seorang warden, manakala 9 orang cedera di mana 3 daripadanya kritikal.

Beritanya di SINI dan SINI.

Melihat nama-nama yang tertera di kaca TV hampir saja membuatkan air mata aku mengalir. Umur anak-anak yang menghuni di situ antara 7 hingga 17 tahun. Lingkungan usia anak-anak aku juga. Mungkin ada yang sememangnya tidak punya ayah dan ibu, atau tiada salah seorang ibu atau bapa. Kasihannya mereka.

Hanya Al-Fatihah yang mampu aku sedekahkan. Moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada mereka yang terkorban dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Isu yang sering dilupakan : Tiga Faktor Kejadian

6 comments:

Eyrique Ettiqazz said...

takziah kp keluarga mangsa.al-fatihah.

Hanis Azla said...

Sedih dan terharu.. inalillah.

diana said...

sedih sangat..
sebab semuanye anak2 kan..
kecik2 lagi..

ummiross said...

memang sangat2 pilu, masih kanak2 lagi, Allah lebih menyayangi mereka, al Fatihah...

MumMe said...

mumme terkejut betul dgn angka akhir...16 kematian...

jeBateja said...

kat Malaysia...ini kejadian paling sedih ni...apa lagik melibatkan kanak2....