Semalam ada aku cerita tentang jejaka iras AC Mizal (perasanlah kau!) hantar kek ke rumah jiran aku kat entry ni : Kek Coklat - Kecilnya dunia ini!
Wah! Inilah rupa keknya, tengok kat sini : Kek Gula Hangus - Watie. Semalam aku tak nampak pasal ada dalam kotak. Aku cuma ambil alamat blognya yang dia tampal atas kotaknya je. Sedapnya...nak satu! Nanti hubby I bayarkan, I tau makan je!
Dek kerana peristiwa pagi tu, aku call tokey kek tu... panjang jugalah boraknya. Rancak le sebab orang Kuala Lipis berborak dengan orang Jengka, keluar le loghat Pahangnya. Aku bukanlah 'expert' sangat, tapi boleh la sikit-sikit nak mengikut loghat Pahang ni. Umur 4 tahun dah pindah ke Pahang ; Aku dengan mak.
Rupanya si AC Mizal celup sempat lagi balik semula ke rumah untuk 'breakfast'. Patut le sempat, baru aku tau dia merempit semalam bila baca kisahnya ni : Kerja dipagi Wesak. Seronok juga baca blognya yang gila-gila. Buat aku tersenyum pagi-pagi ni.
2 comments:
slamat moning kak ;)
wahhh...orang lepeh ke...sapa tu kak... kome pon lepeh gak...hihiii
Post a Comment