Kalut petang tadi bila tiba-tiba je pintu bilik tidur aku tak boleh nak buka. Anak sulung aku, Aishah cuba-cuba dari luar pun tak OK juga. Agaknya cangkuk dalam tombol tu tercabut ke? Jenuh jugalah aku dan hubby dari dalam bilik nak membukanya. Arif pulak sedang nyenyak tidur dalam bilik aku juga. Nasib baik juga pintu tak buat hal semasa Arif sorang-sorang dalam bilik. Pernah berlaku pada anak keempat aku, Azri semasa dia berumur dua tahun dulu di rumah lama. Nasib juga tak lama.
Nak tercabut juga tombol pintu tu. Hubby aku pulak dah bengang juga sebab jam masa tu dah pukul 6.10 petang. Sepatutnya pukul 6.30 petang dah kena mula bergerak ke KLIA. Dia kena 'outstation' ke China hingga hari Rabu, 11 Mei 2011. Empat hari aje lagi! Mandi pun belum lagi, dah nak kena layan pintu pula. Aku suruh dia mandi je dulu dan biarkan aku je yang 'settle'kan pintu tu. Tak ndaknya pulak.
Dicungkil guna 'test pen' tak dapat, guna kad lesen memandu 'expired' pun tak juga. Aku perhatikan aje. Cara aku lain sikit..ha..ha..! Sebelum ni tombol pintu bilik Aishah yang pernah rosak sekali, aku juga yang pasang baru. Jadi taulah sikit-sikit. Tak pe, biar 'main person' cuba dulu.
Sempat pulak aku je yang pergi mandi dulu. Dah selesai mandi pun masih tak sudah juga usaha nak membukanya. Aishah juga gagal walau pun guna anak kunci yang betul untuk membukanya dari luar. Akhirnya hubby aku ambil bangku kayu dan dihentakkannya dua kali ke tombol pintu. Jadi garang pulak dah..he..he.. Nasib baik tak bertukar hijau. Eh! Dah boleh buka la...
Arif pun terjaga dari tidur dalam kalut-kalut tadi. Macam bingung je dia. Cepat-cepat aku pergi kat dia dan memeluknya "adik dah bangun?". Takut juga kalau-kalau nanti menangis sebab terkejut.
So apa pulak tugas aku selepas pintu dah berjaya di buka. Cepat-cepat aku suruh hubby mandi sebab jam dah pukul 6.30 petang. Aku ambil 'test pen' dah buka segala tombol pintu. Berlubang pintu aku. Kosong tak berkunci. Arif memandang pintu dengan muka pelik.
Hubby minta aku belikan tombol yang baru di kedai 'hardware' berdekatan sebelum pukul 7.00 malam sementara dia nak mandi. Ada 15 minit lagi. Aku bersiap ala kadar aje dan bergegas ke kedai tu. Arif aku minta Aishah jagakan. Asyikin pula tolong tukarkan lampin dan baju Arif.
Ada tiga jenis tombol pintu yang harganya RM8, RM15 dan RM50. Aku pilih yang RM15 je sebab tengok macam sama je standard dengan yang biasa guna. RM50 tu mahal bebeno le. Dapat diskaun RM1 je. Jadi le..
Jam dah pukul 7.00 malam. Hubby dah kalut nak bergerak ke KLIA. Jadi tinggalkan dulu tombol pintu tu. Aku kena hantar hubby dulu. Balik nanti baru aku uruskan. Aku malas nak ambil gambar tapi kes aku lebih kurang je lah dengan kes di SINI. Siap ada cara nak pasang lagi tu. Masalahnya aku ni jenis tak suka baca manual. Bila pening baru le baca.
Apa pun tombol baru siap aku pasang setelah balik dari menghantar hubby ke airport dengan di temani oleh Asyikin dan Azri. Asyikin kena pegang Arif semasa perjalanan balik ke rumah, manakala Azri pula memang suka nak mengikut aje. Aishah dan Amirul memang jarang nak keluar rumah.
Jom belajar cara-cara nak pasang tombol pintu terutamanya wanita :
8 comments:
dah siap pasang tombol pintu ke Liza?
Kawe pun kekadang xreti nak pasang tombol pintu
Assalamualaikum Liza
huuuu...hebat juga liza yer
saya pun tak tahu nak pasang kunci pintu tuuu...tahniah
Wassalam
Wah.. Terer tu pandai pasang sendiri tombol pintu .. Hebat!!!
ummiross : dahhhhh...he..he
MrJocko : tak pe.. cuba2lah buat sendiri. lama2 mesti pandai.
Rozali : Wa'alaikumsalam.. mula2 dulu banyak juga silapnya. la ni dah ok sikit.
Nur : belum tahap expert lagi tu.
cara terakhir la 2 kak,kat rumah jat pun sama,last2 cabut je biar terlopong cmtu.huhu
zati embong : tu dia.. amik kau.. he..he..
diana : mesti good quality tu sebab kemain lagi tahan.
Akak tak pernah pasang tombol pintu tapi pernah repair tangki toilet, kihkihkih!
Post a Comment