iklan

Followers

Pages

Tuesday, 10 May 2011

Cepatnya waktu berlalu

Terasa begitu cepat waktu berlalu. Dulu semuanya masih baby... didukung ke sana-sini. Ringan aje. Sekarang dah besar-besar belaka dan yang sulung dan yang kedua dah lebih berat daripada aku pun.

Jika orang lain sentiasa mengharapkan anak-anaknya dapat 5A dalam UPSR. Aku pula sentiasa ada 5A yang menceriakan hidup aku. Selalu juga memeningkan kepala aku..he..he.. Kerap membuatkan vokal aku bernada tinggi hampir setiap hari.

Tapi merekalah keutamaan aku. Jarang sekali rasanya aku berjauhan dari mereka kerana aku sendiri tak pernah 'outstation' pun. Kalau ada pun bila dua atau tiga orang yang berjauhan bila sekali-sekala mengikuti ayahnya pulang seketika ke kampung di Perak. Atau mungkin juga ada yang menyertai rombongan atau perkhemahan anjuran sekolah hingga terpaksa bermalam jauh dari aku.

Inilah 5A aku yang sering meriuhkan rumah aku

Asyikin, Aishah, Amirul di rumah lama Taman Seri Melor
(dekat dengan Seksyen 7, BBB) - 2003

Asyikin dan Amirul,
Cameron Highlands - 2007

Arif yang masih dalam pantang bersama Azri - 2009


Asyikin, Aishah, Amirul di Bukit Merah - 2003


Amirul, Azri, Aishah, Asyikin di Laman Cempaka,
Seksyen 4 Tambahan, BBB
(Depan Klinik Zalfah ni!) - 2003

Azri, Aishah, Asyikin, Amirul
Berhari raya di kampung ayah mereka,
Parit 3, Semanggol, Perak - 2005

Aishah rindukan zaman lalunya : Memories

Aishah, Kopitiam Bangi
BBB - 2011

7 comments:

Kak Aya said...

wahh seronok ye ada 5A...anak ramai memang meriah, saya ada 6 adik beradik, masa kecil riuh sangat tapi bila dah besar ni kurang sikit dah sebab masing-masing ada hal sendiri.

Affan said...

Salam kak.
Haha, ada 5 hero comel rupanya.
Saya 3 laki 1 perempuan, yang bongsu tu perempuan. 3 org mak saya dah pening, ni kan pulak 5 org hehe.

takpe, anak amanat dan rezeki Allah

ummiross said...

Alhamdulillah, anak2 membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang.

Kirim salam sayang ummi buat 5A kesayangan Liza,Amirul, Azri, Aishah, Asyikin dan Arif....

Zura said...

SERONOKNYA TENGOK ANAK2 MEMBESAR KAN KAK... HEHE... DULU BORAK BERDUA DENGAN SUAMI..SEKARANG ADER JE YANG MENCELAH...

Asterisk Boutique Administrator said...

Alala... comeynya gambar 3 beradik yg kat Bukit Merah 2003 tu...

Dr K said...

Meriah nya..5 anak..

Saya & wife bajet nak 3 aja..hehehe

Jauh betul beza umur yg sulung dgn yg bongsu tu kan...

Liza @ Adzriel AB said...

Kak Aya : usahkan 5, 2 org pun dah riuh. kalau 5 riuh-rendah..he..he

Affan : 3 je hero, 2 lagi heroin

ummiross : insyaallahhh..

Cik Puan Zura : he..he.. rajin juga diaorang menyampuk ye.

Asterisk Boutique : anak sedara saper? ha..ha..

Daddy Ziyyad : 3 pun ok. tak perlu ikut rentak org lain. ikut kemampuan kita sama ada dari segi kewangan, kesihatan dan keupayaan utk mendidik mereka.