iklan

Followers

Pages

Saturday, 21 May 2011

Cinta restu ibu bapa


My lover yang pemalu, susah betul nak bergambar

Cinta itu buta. Kerana cinta ada yang sanggup putus saudara dan lebih sedih bila sanggup membunuh dan bunuh diri. Bila cinta dikuasai nafsu dan akal hilang entah ke mana maka akan terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini.

Sungguh aku sedih bila seseorang terlalu taksub pada cinta hingga melakukan hal-hal yang dilarang dan hilang perikemanusiaan.

Bukankah indah jika cinta direstui oleh ahli keluarga dan disenangi oleh sanak-saudara. Itulah prinsip aku ; keluarga aku dahulukan. Jika mereka suka, aku akan teruskan, jika tidak aku putuskan biar pun hati aku mungkin kecewa. Kecewa itu hanya sementara saja, tidak ke mana pun.

Oleh sebab takutkan kecewalah maka aku hanya akan memilih insan yang sesuai dengan pilihan kedua ibu bapa aku. Jadi, berbaik-baiklah dengan ibu bapa agar kita lebih memahami apakah hal-hal yang boleh menimbulkan kesukaan dan kebencian mereka.

Hajatnya mungkin nak mengelak dosa maka menghalalkannya dengan bernikah di Thailand. Berapa besar pula pahala yang dia dapat dengan membawa lari anak dara orang? Berapa banyak kesusahan yang perlu dilalui? Bila susah, mulut pun merungut. Pahala atau dosa yang dia dapat andainya merungut? Lainlah jika keputusan yang dibuat itu mendatangkan banyak pahala.

Ini cuma pendapat peribadi aku yang tidak suka menempah kesusahan dengan menyakitkan hati kedua ibu-bapa gara-gara cinta dunia. Ramai lagi calon yang lebih baik yang mampu menyenangkan hati ibu-bapa kita. Berusahalah mendapatkannya.

Inilah yang dikatakan saja cari pasal sebab bawa lari anak dara orang : klik SINI untuk cerita lebih sadis!

4 comments:

diana said...

kenapa anak2 sekarang bila cinta mesti ada yang lupa mak ayah..
sanggup lari..konon nye tak boleh hidup tanpa kekasih..
padahal sebelum jumpa kekasih tu mak ayah yang dok jaga dia..
boleh ke dia hidup tanpa mak ayah dia???sedih!!

Dinas Aldi said...

betoi la, sangat tak setuju dengan Liza. mesti ada sebab mak bapak kita tak setuju tu.

ummiross said...

hehe kenapa muka semua nampak sipi2, walaupun sipi tapi masih nampak rupa pasangan ideal..caya lah Liza.

jeBateja said...

eh...eh....en pisal pemalu yerrr....ahakz.....