iklan

Followers

Pages

Wednesday, 11 May 2011

Sarapan tu penting ye!

Tadi aku bawa anak sulung, Aishah ke klinik kerana malam tadi cirit katanya. Pagi tadi tak cirit tapi perutnya masih sebu. Walau pun dah ok, aku bawa juga ke klinik untuk ambil bekalan ubat saja bila waktu-waktu kecemasan nanti. Macam biasa doktor bagi ubat angin dan ubat cirit hijau tu, dhamotil.

Aishah selalu tak sempat bersarapan kerana pukul 6.30 pagi dah kena bergegas ke sekolah. Sebenarnya dia memang tak suka sarapan awal pagi. Tidak seperti aku yang jarang sangat tinggalkan sarapan semasa di sekolah menengah dulu.

Aku punya alasan berbeza kerana aku nak berjimat, maka aku akan berusaha bersarapan di asrama seawal 6.00 pagi sebelum ke sekolah. Aku anak penoreh getah, pendapatan arwah ayah dan mak perlulah jimat-jimat untuk kami lima beradik. Aishah pula anak 'engineer'. Bukanlah kaya tapi mampu juga nak makan lauk ayam hari-hari.

Waktu rehat pukul 10.00 pagi pun Aishah jarang makan. Kalau ada pun mungkinlah makan biskut Lexus perisa coklat kegemarannya ini sama ada dibeli di kedai koperasi sekolah atau bekal dari rumah. Kalau tidak bila aku ambil dia balik sekolah, barulah makan nasi.


Banyak kali dah aku pesan, jangan diet melampau. Bila perut sakit, semua perkara jadi terganggu dan tak kena. Samalah keadaannya bila sakit kepala atau sakit gigi. Perasaan kita ni rasa macam nak marah saja kalau diganggu semasa sedang sakit perut. Banyak kerja terbengkalai.

Bukan diet katanya, cuma malas nak ke kantin sekolah. Jauh katanya.

Aku ambil kesempatan mengukur ketinggian dan beratnya di klinik tadi. Beratnya dah turun semula dari 73 kg ke 70 kg. Ketinggian bertambah kepada 158 cm. Wah! Anak mama dah makin tinggi walau pun masih lagi lebih berat 10kg berbanding mamanya.

Sukanya Aishah bila ketinggiannya dah sama dengan adiknya, Amirul. Lagi 2 cm aje nak sama tinggi dengan aku. Tak lama lagi mereka akan lebih tinggi daripada aku dan ayahnya. Cepatnya masa berlalu! Anak-anak dah besar-besar belaka.

Pagi-pagi kena makan sebagai 'booster' untuk permulaan tugasan hari-hari.

p/s : Sarapan sangat penting bagi aku walau hanya sekeping biskut kering dengan secawan teh-o.

5 comments:

Misz-ella said...

sarapan mmg penting. kakchik slalu ingatkan aiman tp tu la .. dia pun sokmo tak sempat nak sarapan.

ZWAN SABRI said...

zwanpown time skolah dulu x suka jugak sarapan pagi sebab x berselera.. time pehimpunan mulala nak rebah.. HEHE

MySuaraBlog: Kumbang Bukan Seekor, Bunga Bukan Sekuntum

Liza @ Adzriel AB said...

kakchik@ella : pagi2 selera kurang tu

ZWAN SABRI : eh.. bahaya tu.

tim_fs said...

kak liza..sarapan penting tak leh skip..kalau dinner leh skip..heheh..

zati embong said...

kitorg kat ofis kak,bf pukul 11.nak turun makan 2 pun macam2 halangannya.

hihi