iklan

Followers

Pages

Tuesday, 24 May 2011

Astro hiasan semata


Ye lah tu! Tinggalkan mesej pasal Astro kat shoutmix aku pulak. Harry Potter tu hari-hari anak aku tengok. Sampai aku pun suka tengok. Tak payah tunggu Astro la.. Sajalah tu 'Asterisk Boutique' nak buat aku jealouskan...

Arial astro lama. Bila nak tukar ke Beyond Astro ni? Boleh pakai piring arial warna hitam pulak.


Ha..ha... toksah beranganlah. Astro dah lama tak ada kat rumah aku sejak hujung tahun lepas. Ni semua gara-gara fius dalam kotak Astro tu terbakar dan menyebabkan sedikit litar di dalamnya juga turut terbakar.

Maka, lantak hang lah nak terbakar. Aku bagitau kat hubby aku, kita 'terminate' ajelah Astro ni. Tahun ni pun Aishah, anak sulung aku nak menghadapi PMR. Kalau ada Astro, budak-budak ni asyik mengadap TV aje. Tengok mood tahun depan macam mana.

Arial Astro kat luar rumah tu buat hiasan je. Macam bagus aje kan. Jadi aku belilah arial biasa je untuk dapatkan siaran TV yang lebih comel... boleh laa! Aku beli di kedai hardware depan rumah aku je sekali dengan wayarnya.

Dengan selamba aku cuba-cuba letak di pagar jiran rumah aku sebab dia bukan duduk rumah tu pun. Sekali-sekala je menjenguk rumah tu. Asal dapat gambar di TV, kira OK lah tu. Bila hubby aku balik, menggeleng kepala ajelah. Hubby aku pergi pulak kedai hardware cari besi panjang untuk letak arial dengan lebih kemas.

Kelebihan paling ketara ialah tak perlu bayar bil bulanan...he..he..

6 comments:

jeBateja said...

hik...hiik....tv jelas ke kak...??

diana said...

dalam proses nak pasang beyond ni..
heheh..lambat lagi la..
yang tak beyond ni pun boleh tengok jugak..

Suara Kalbu said...

Kak Liza...

Kat rumah ida tu Astro pasang buat perhiasan jugak. Bayar bil bulan2 tapi tengok tak jugak hihihihihi

Asterisk Boutique Administrator said...

Aku baru perasan xde Astro last week.. hehe...

Kitorg yg benornya x minat pun Harry Porter tu tp last week saje tengok kat Astro dari awal smpai abis... best pulak... haha...

Nora said...

astro saya basic jek, channel ceria pun saya block, letih bila anak2 mengadap tv 24 jam...

Hanis Azla said...

save sikit bajet klu tak bayar astro kan kak.. saya pun ambil pakej yg paling minima.. itupun mmg anak2 dok mengadap..