iklan

Followers

Pages

Saturday 28 May 2011

Happy birthday Arif Ikhwan


Arif : Mamaaaa.... jomlah Arif nak main kat luar.
Mama : Tak bolehlah... nanti 'dog' gigit. Mama takut laa..

Translate je tu. Arif bukan pandai cakap pun tapi tangannya asyik tunjuk keluar je dengan mulutnya "nak uwa!" (nak keluar).

Nantilah Arif dah besar sikit bolehlah keluar. Sebenarnya mamaya malas nak bawak keluar. Nasib juga ayahnya ajak naik motorsikal. Happynya dia berdiri dalam raga motor.


Anak mama dah besar sikitlah. Hari ini 28 Mei 2011 usia Arif dah genap 2 tahun.


Dah pandai nak bergambar. Setiap kali aku ambil gambar dia, sibuk jugalah dia nak tengok hasilnya di kamera.


Main dalam pagar ajelah. Ecehhh.... macam pandai sangatlah nak main badminton tu. Reket ni Aleesya punya, cousin Arif iaitu anak adik aku. Tertinggal kat rumah aku minggu lepas.

Mama doakan Arif sihat dan membesar sebagai anak yang baik dan berjaya dalam mengejar cita-cita.

Bertambah lagi usia Arif masuk 2 tahun. 3 tahun lagi nak masuk tadika pula. Masa tu semua kakak-kakak dan abang-abangnya sudah di peringkat menengah dan Insyaallah yang sulung ke peringkat universiti. Usia aku pun bakal melewati angka 40. Jarak usia Arif dengan abangnya iaitu anak keempat aku agak jauh, 7 tahun.

Pesanan buat diri sendiri "Didiklah mereka yang setahun jagung dengan ikhlas kerana hasilnya lebih dari padi sebendang..."... (Terima kasih ibu Nora)

Inilah blog Arif, ada gambar dia sejak lahir : Bijaksana dan Bersaudara

8 comments:

jeBateja said...

Happy Birthday Ariff....Mak n Ayah bg apa...??..Ahakz

Dinas Aldi said...

Happy birthday, Arif Ikhwan. Semoga jadi anak yg solehah ya :)

sarah-najwan said...

selamat ulang tahun ariff
semoga menjadi anak yg soleh..

ummiross said...

happy birthday Arif, semoga dikurniakan semua yang baik2 oleh Allah swt, semoga menjadi anak soleh...

atuk said...

Assalamualaikum Liza

SELAMAT ULANG TAHUN ARIFF

moga menjadi anak yg soleh

Wassalam

Kak Aya said...

Happy Birthday, Ariff..jadi anak yang soleh ye..sejuk perut mama...

aishah said...

Happy birthday my little brother Arif. Love you so much!

Ibu Muda 30series said...

Allah selamatkan kamu....

Allah selamatkan kamu....

Allah selamatkan Arif Ikhwan...

Allah selamatkan kamu....