iklan

Followers

Pages

Wednesday 25 May 2011

Kutu berahak betul!

Dah 3-4 hari aku rasa kepala aku ni gatal. Mungkin sebab kelemumur agaknya. Hishhh... tengok gambar ni, teruknya kelemumurnya. Kesian dia, tentu kepalanya terasa gatal yang amat sangat.

Gambar copy kat SINI je!

Aku cuba cuci kepala aku dua tiga kali pun gatalnya tak hilang. Sekali-sekala aku cuba keruk kepala nak check banyak sangat ke kelemumur aku tapi tidak juga. Anak aku kata "mana ada kelemumur pun mama!". Hati aku rasa tak sedap je dah ni! Tau tak apa terlintas di fikiran aku? Sesuatu yang aku benci sangat-sangat. Memang pantang tok nenek dan mak aku juga. Kalau betul sangkaan aku memang aku hapuskan sehabis-habisnya.

Setelah 2 malam aku mencari akhirnya jumpa juga dengan peralatan aku yang dah hampir rongak ; sikat yang rapat-rapat bilahnya. Supaya penceroboh tak terlepas. Geram dah ni!

Alahai.. rongak dah bilahnya

Rongak-rongak pun banyak jasanya sejak 9 tahun yang lalu. Seusia dengan umur anak aku yang keempat, Azri. Beli di kedai uncle cina di Taman Seri Intan, Kajang. Teringat pulak uncle yang peramah tu. Apalah ceritanya...last berita sakit katanya. Tak pasti sakit apa tapi susut benar badannya.

Bagi yang belum kenal, inilah sikat kutu. Ada yang tak kenal ke? Kutu tu apa pulak? Bukan Puan Kutu tau... jangan marah ye! Gurau aje! Kalau ada yang tak kenal kutu boleh baca faktanya di SINI.

Malam tadi aku mulakan operasi cuba menyikat di rambut aku. Terjumpa 2 biji telur kutu. Alamak! Sikat lagi dan lagi tapi tak dapat kutunya. Lepas tu aku cuba sikat kepala baby aku si Arif. Sekali sikat je jatuh seekor yang agak sederhana besarnya di atas kain lampin putih yang aku bentangkan atas riba aku. Sah! Kutu telah menyerang keluarga aku. Aku sikat lagi kepalaArif,2 dah tak adalah pulak. Rambut pendek memang tak berapa nak ada kutu. Tapi aku tahu Ariflah perantara kepada kutu yang menyerang kerana dia hari-hari tidur di rumah pengasuhnya dari pagi sampai petang.

Aku pun mula menyikat rambut Asyikin,9. Rambutnya paras bahu aje tetapi agak tebal. Sikat kali pertama dapat seekor yang besar, mak dia agaknya. Aku capai je handphone aku untuk ambil gambar. Inilah hasilnya, seekor kutu berahak sungguh! Mood geram!


Aku lenyek kau dengan kuku aku. Belum kenyang darah nampaknya. Asyikinlah paling teruk kena. Ada dalam 7 ekor kutu aku jumpa yang 2 ekor daripadanya besar. Telur kutu dalam 6 biji. "Patutlah gatal sangat kepala Ikin!", rungut anak aku. "Dah gatal teruk macam tu kenapa tak bagitau mama?", aku tanya dia semula.

Berkali-kali aku sikat rambut anak sulung aku, Aishah,15 tapi tak ada kutu pun. Cuma kelemumur je yang banyak melekat pada sikat tu. Kena marah dengan aku sebab banyak kelemumur. Rambutnya memang susah nak cuci sebab panjang dan tebal sangat. Macam aku masa bujang dulu. Sekarang dah nipis... sedih! Tapi rambut Aishah lebih tebal. Kalau nak cuci kat kedai memang kena 2 kali cuci. Sekali-sekala bolehlah ke kedai, mahal...

Petua nak hilangkan kelemumur aku jumpa kat SINI.

Aku ulang-ulang menyikat rambut Arif, dapatlah lagi seekor. Patutlah si comel aku ni selalu garu-garu kepala. Kesian baby mama! Nak mengadu pun tak pandai lagi. Ada juga aku telek-telek kepala dia kalau-kalau ada kelemumur, tapi tak ada pula. Bila mama yang terkena, barulah faham.

Habislah kepala anak-anak lelaki aku yang lain pun aku check. Alhamdulillah tak ada semuanya. Mungkin sebab rambut pendek. Hubby aku pun nak bermanja juga minta aku sikatkan rambutnya yang jarang tu.. haii.. dah tua kita ni ye yang! Aku kata rambutnya jarang, kalau ada kutu merayap pun boleh nampak... he..he..

Inilah ubat kutu yang aku gunakan. Memang ada kat rumah lebihan tahun lepas.


Tapi gambar ni aku ambil kat blog NI, anaknya pun kena kutu juga. Dah nak habis, kena beli baru pulak ni.

Pagi tadi aku beritahu pengasuh Arif tentang masalah kutu. Kesian dia terpaksa pula nak check kepala anak-anak yang diasuhnya. Selama 2 tahun Arif di situ baru 2 kali anak aku kena jangkitan kutu ni. Sebelum ni Arif tak kena, cuma Asyikin saja yang kena sebab rambut panjang agaknya. Amirul dan Azri pun tak kena walaupun empat orang anak aku ni pernah transit di situ juga. Tahun ini je aku tak hantar mereka transit ke situ. Tengahari balik rumah aje sejak aku selalu ada di rumah sebelum pukul 2 petang. Amirul pun dah sekolah menengah, balik sekolah jalan kaki je.

Gelikan ada kutu ni. Aku memang tak ada tolak ansur dengan kutu ni. Sejenis parasit yang menghisap darah kat kepala kita. Dah sedut darah siap bagi kulit kepala gatal pulak. Itulah kuasa Allah yang memberi tanda-tanda adanya kutu di kepala. Kalau tanda gatal tak ada, mana mungkin tahu ada kutu di kepala. Tau-tau jatuh je atas bahu... Eeeeee.. geli!

Ni ada juga petua menghapuskan kutu rambut. Klik SINI.

13 comments:

Fazlinil Irma said...

saya baca entry pasal kutu pun dari jauh rasa juga meremang. geli. automatik garu kepala. terasa gatal jugak. hihi.

Hanis MY said...

scarynya kak liza... hanis pun pernah ada kutu jap masa darjah 2 sebab jangkit dengan kawan... kalau tahu kawan ada kutu je mmg lari jauh2 takutttt...

Ibu Muda 30series said...

hari tu pon auni dah kena...sebbaik rambut jarang...3-4 hari je licin wani kerjakan. nasib tak jangkat kat mama :)

Hanis Azla said...

alamak kak.. tgk gamabr kutu tu, otomatik kepala ni terasa gatal.. psiko betul.. he..he.. sejak anak2 sekolah, saya mmg standby juga sikat kutu kat rumah.. dulu beli yg kayu mcm akak punya tu.. tp bila bilah dia asyik patah saya beli yg plastik kat mydin.. tahan sampai skrg dan byk jasanya..

Misz-ella said...

hahaha .. n3 ni mengingatkan kc zaman budak2 dulu. kenangan tul la dgn kutu nih.

Maya Mayana said...

sekarang ni musim kutu ke?anak yana yg lelaki tadika tu pn bwak balik kutu...dhla kena buat operasi membanteras kutu satu rumah...

ummiross said...

hissh!!!, tengok pun geram,lenyek jangan tak lenyek...

Zura said...

WAH...TENGOK GAMBAR KUTU NI MEREMANG NYE...HEHE..DULU ZAMAN SKOLAH PUN PERNAH KENE KUTU NI..SEKSA OOOO...

Asterisk Boutique Administrator said...

Eee... geli...
Kat rmh aku ade shampoo Alice tu.. sbb aritu Adrianna ada kutu berjangkit dari budak lain kat rumah pengasuh dia... now kakak tu dah tak jaga budak tu...so Adrianna dah bebas kutu dan bebas kuman dari budak2 tu... hihi...

ada penah citer pasal ni kat cni dulu:
http://ainulazlinda.blogspot.com/2010/08/happynya-anak2-kami-dah-bebas.html

Unknown said...

ni masalah bila anak2 mula sekolah dan bercampur dengan anak2 orang.
patutnya semua ibu bapak kena perhati la jugak kepala anak2 tu..
sudahnya orang lain pun berjangkit sama..
ada tu sampai kepala anak berkudis..

Dinas Aldi said...

alamaakkkk! kena ambil tindakan drastik dengan kadar segeraaaa!

shafiq ahmad said...

uish..gatal gak neh..kena check neh..tapi mana la nak cekau sikat kutu kat sini..huhu

Latifah said...

ohhh no!!!
katakan tidak pada kutu...
memang akan sengsara la hidup.
huhuh
~semoga akak berjaya membanteras geng kutu-kutu tersebut...