iklan

Followers

Pages

Thursday 26 May 2011

Anonymous tentang kad kredit

Aku jarang menerima komen dari 'Anonymous'. Kalau ada pun aku 'published'kan yang positif aje. Kalau yang negatif pun hanya iklan-iklan tentang software, facebook yang berjela-jela. Sakit mata pulak melihatnya. Tak berkaitan dan bersesuaian lansung.

Pagi ini ternampak komen seseorang di kotak komen entry aku :

"Salam semua..Alhamdulillah syukur aku kian mencapai matlamat habiskan hutang kad plastik ni.. Next aku nak target nak buang satu kad..kalau aku simpan pun kene caj jugak. Satu lagi malas nak melayan jurual tru phone call ni..sibuk la nak tanya pasal kad plastik ni masih pakai ke tak.Mmg kerja diaorg cari pelanggan.Tapi aku rasa aku tolak tu dengan cara baik..Tapi diaorg ni mmg tak putus asa..ada yg call dari company yg sama tapi org yg berlainan.Manis betul bila berckp..janji mcm2 aje.. Mungkin aku tak aware sgt ttg peraturan ataupun peraturan yang masih longgar yg menyebabkan mereka2 ni masih beroperasi menjual produk melalui talian telefon.Memang tiada paksaan tapi mampu mengelirukan dan membuatkan pengguna terjebak lagi2 dengan menyatakan perbualan direkodkan.. So, sama2 beringat."
By Anonymous on Seronok guna kad kredit? on 5/26/11

Alhamdulillah, berguna juga entry lama aku tu. Bahaya guna kad kredit kalau tidak kena gayanya. Ada satu pun cukup, itu pun dah lama sangat aku tak gunakannya dan yang penting yuran tak payah bayar sejak aku dapat kad tu pada tahun 2003 lagi.

Banyak bank yang call aku suruh buat kad kredit dan personal loan. Aku jawab "Saya tak kerja dik! Nanti siapa nak bayar?". Kalau dia cadangkan suruh hubby bayar pulak, aku jawab "baik akak pakai supplementary kad dari suami aje daripada nak apply baru!". Selalunya jawapan pertama memang dah dapat memendekkan panggilan telefon. Tak pernah ada supplementary kad pun, semua sendiri punya. Hubby takut aku pandai guna tapi tak reti bayar agaknya.. he..he..

Jadi, mana yang belum ada kad kredit tu tak perlulah nak mohon jika sekadar nak bergaya. Aku takut jadi nahas aje kerana jika tersilap guna, malapetakanya boleh berterusan hingga 7 keturunan. He..he.. teruk sangat ke? Ambil calculator, kiralah sendiri.

3 comments:

Ibu Muda 30series said...

memang tak de CC dah tak de niat nak apply CC walau sekadar kata permulaannya nak buat isi minyak je, tapi tak percaya dengan diri sendiri...hihii

Hanis Azla said...

dulu pakai kad utk berbelanja sbb senang tak perlu bawak cash.. hujung bulan bayar ikut berapa yg guna.. skrg ni dah tak buat mcm tu lagi sbb bila guna kada manjang membeli terlebih dari budget.. sudahnya asyiklah kerjanya nak setelkan bayaran kad kredit sbb dah berbelanja berlebihan.. skrg ni.. guna kad utk isi minyak (sbb malas nak bayar kat dalam) & booking air asia.. yg lain tu mmg guna cash.. mmg terkawal sikit perbelanjaan sekarang..

pena rozie said...

Seronok sangat kan pakai cc ni. Tapi bile nak buat payment hu..hu..hu.... Kene pandai2 la nak berbelanja.