iklan

Followers

Pages

Sunday 20 March 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU


Satu segmen penghargaan buat ibu kita... Segmen paling tak tahan, rindu mak aku dah balik kampung semalam dari rumah kakak aku di Subang Permai. Kalau tak boleh jumpa tiap-tiap minggu.

Cam biasa .. Ben Ashaari suruh buat satu entri khas ...
1. Sila letak banner di bawah ini ..BANNER BEN ASHAARI
2. Tajuk : BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU ! dan linkkan ke entri ini .. klik sini je!
3. Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

Masa aku sekolah rendah dulu, pencapaian aku dalam bidang pelajaran memang agak memberansangkan. Setiap tahun aku jadi top student kat sekolah. Sekolah kampung, boleh le nak eksyen ye tak. Jadinya tiap-tiap tahunlah aku dapat hadiah. Hinggalah semasa aku darjah 3, aku usha-usha mak belikan basikal untuk aku. Mak aku 'menteri kewangan' kat rumah. Arwah ayah memang bagi semua gaji untuk mak aku uruskan. Dia ambil sikit untuk belanja rokok daunnya.

Tapi mak kata nanti dulu. Bukan aku faham pun nak cari duit cukup susah dengan hasil menoreh getah. Aku tahu basikal tu mahal tapi gatal juga nak. Tak berani nak merengek lebih sebab mak aku garang. Tak pasal-pasal kena cubit nanti. Mak kata kalau aku dapat 5A dalam penilaian darjah 5 nanti baru mak belikan. Semangat pun berkobar-kobar nakkan 5A tapi tak study pun. Cuma tumpuan dalam kelas tu memang aku tak main-main.

Memang sudah jadi kebiasaan mak akan buat kenduri doa selamat setiap kali anak-anaknya nak exam atau dah berjaya dalam exam. Maknanya setiap tahunlah mak akan buat kenduri doa selamat. Gigihnya mak berusaha mencari rezeki yang lebih untuk buat kenduri. Orang kata kalau kita rajin bersedekah, murah rezeki.

Alhamdulillah sehingga darjah 5, berjaya juga aku meraih keputusan 5A dalam peperiksaan darjah 5. Rasa nak menangis pun ada juga. Bangga juga sebab masa tu yang dapat 5A cuma dua orang je di sekolah aku. Aku tak nampak pun mak menangis. Mak bukan jenis yang suka tunjuk kesedihan di depan orang lain. Bila dah tua ni baru aku mengerti yang mak tiap-tiap malam buat solat hajat untuk aku. Aku saja yang tak perasan. Kalau dah tidur malam tu memang macam tidur mati je.

Tiba harinya mak ajak pergi ke Tong Kiat atau nama betulnya Pekan Sungai Jerik di Jerantut. Serupa macam pekan koboi je yang rata-rata peniaganya berbangsa cina. Mak sewa kereta orang kampung untuk ke sana. Jalan nak ke sana memang tak elok pun. Belum ada jalan tar pun. Tapi demi aku mak gagahi juga. Aku tidak mengerti pun kepayahan mak masa tu kerana hanya memikirkan basikal baru.

Tahun 1984, harga basikal RM150 memanglah sangat mahal. Tapi kerana ingin memenuhi kehendak aku, mak belikan juga. Gembiranya aku masa tu. Hari-hari mengayuh basikal ke sekolah. Tak payahlah arwah ayah nak ambil aku balik sekolah dengan motornya lagi.

Sekarang baru aku mengerti kepayahan mak. Patutlah kadangkala aku terdengar esak tangis mak yang perlahan di dapur, mengenang duit belanja yang kurang untuk anak-anak sekolah, rindukan arwah nenek aku bila hari raya menjelang. Masa tu aku kecil lagi, tak ambil kisah pun. Tau nak main aje. Mak pulak bertungkus-lumus dengan arwah ayah bekerja untuk pastikan kami adik beradik tak kelaparan, cukup berilmu. Aku mengerti hanya setelah aku sendiri menjadi ibu. Terima kasih mak atas segala pengorbanan mak untuk aku dan segala ilmu yang tak mungkin dapat aku balas walau sedikit kerana semua yang kau berikan penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang dari seorang ibu untuk anaknya. Yang nakal macam aku!

3. Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe...
Tentulah mak. Walaupun mak garang, tapi maklah tempat mengadu & mengumpat..he..he..

4. Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?
Tidak sama sekali. susah senang tetap dengan anak-anak.

5. Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..
Malu aku dengar, kerana harta sampai putus saudara. Aku tak mengharap harta mak ayah, tapi kalau diberi aku tak tolak. Kalau nak lebih patut anak-anak cari sendiri.

13 comments:

ummiross said...

Terharunya...

Selalu sayu mengenangkan kegigihan dan pengorbanan ibu dan ayah...

Dinas Aldi said...

kasih seorang ibu memang tiada tandingannya..

manueng said...

sebak bace cite nih...tabahnye mak akak...

qasehraihan said...

very very nice entry..hoho
saya jarang join ben punya segmen..mmg xpernah kot..haha

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : memang sayu sebab mak tak tunjuk kesedihannya

Liza @ Adzriel AB said...

Dinas Aldi : betul kak Dinas, anak2lah keutamaannya.

Liza @ Adzriel AB said...

manueng : cuba perhatikan, mak manueng juga begitu.

Liza @ Adzriel AB said...

qasehraihan : samalak akak dulu. akak cuma buat yg akak rasa boleh saja. ikut kemampuan.

anak pak ahmad said...

=')

manueng said...

sume ibu macam tu kan...hehe=)

Unknown said...

nice story

hargai ibu anda selagi mereka masih hidup

! Diari-Selebriti-Mama ! said...

singgah dari segmen BA ^^

besar sungguh pengorbanan ibu ayah untuk anak-anak hidup selesa..
sayang tak sempat nak join segmen ibu

jemputlah singgah
http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/love-sweetheart-ben-ashaari-vs-arnold.html

mas saari said...

salam singgah n follow!
nakal manapun kita mak tetap sayang kita kan..jadi hargailah jasa mak..