iklan

Followers

Pages

Wednesday, 30 March 2011

Kecoh ke kalau anak ramai?

Anak ramai? Ada yang kata anak 3 orang dah ramai, ada 4 orang pun dah kecoh rumah. Macam manalah gamaknya mak teh aku yang anaknya sampai 14 orang? Jiran aku pun ada 7 orang anaknya tapi aku tengok aman je. Anak aku baru ada 5 orang, tapi lebih kecoh daripada jiran aku. Memang le sebab jiran aku ni lemah lembut orangnya yang mana sifat tu turunlah kat anak. Anak-anak aku memang le riuh sebab aku pun riuh.

Ada anak ramai tu susah ke? Mana ada susah. Lagilah menyenangkan aku sebagai ibu.

Aku suruh anak aku sidai kain, buangkan sampah, sapu sampah, basuh pinggan, lipat kain, tukarkan lampin baby, cuci kereta aku, sterika baju dan macam-macam lagilah kerja rumah yang ada. Termasuklah masak nasi, goreng telur, masak nasi goreng, masak roti telur. Amboi! Banyaknya menyuruh anak-anak buat kerja. Aku buat apa? Aku jadi pengarah la...suruh diaorang buat itu ini.

Senangkan kalau anak ramai ni. Ha..ha.. macam bagus je! Betullahkan?? Tak payah bazir duit ambil orang gaji.

Bukan aku suruh hari-hari buat pun. Sekali-sekala kena ajar anak-anak berdikari. Kadang-kadang panik juga aku bila ada hal-hal yang buat aku hilang sabar. Masa tulah aku kena lihat orang lain yang punya anak lebih ramai tetapi segalanya teratur. Aku seronok kutip ilmu dari para ibu yang lain tak kiralah sama ada anaknya ramai atau sikit atau dia lebih muda atau tua daripada aku.

Kerenah anak-anak ini pelbagai, teruskan usaha mencari idea untuk menangani setiap masalah yang timbul dengan baik. Rajin-rajin bertanya dan membaca ilmu berkaitan.

7 comments:

Jamiel said...

perangai setiap orang berbeza..
saya br sorang..
takle nak komen sgt..

Sal Saari said...

akak pun 4 org..kecoh gaklah umah..

Anonymous said...

betol..betol...betol...den sokong akak liza,mcm saya lah kak,lambat dapat ank kawin dah 3 tahun baru ada rezeki,masa tu sibuk sedara mara menanya dah ada ker...ah sekrg ni dah 3 pun heran jugak mcm anak aku dah sedozen heran nya,saya ni pun suka anak ramai~meriah dah tentunya,dah tua sok tu lah saham aku dunia akhirat,rezeki pun murah,alhamdulillah.

Zura said...

salam...

saya anak ada 3.. tak menyusahkan tapi maknya yang kelam kabut...sebab semua nak perhatian... A bila x dapat perhatian buat perangai, B bila perhatian beralih dia merengek, C pula masih bb tentu nak perhatian juga... hehe... nak anak ramai bagus, tapi jarak mesti at least 2 tahun kot..

pendapat ibu anak 3 nih...

Ayuni said...

hikhik, adik beradik sye 7 org....

Lan Bingka said...

seronok kalau ada adik-beradik ramai..

Puan Kutu said...

sy ank sorg pun kcoh dr org anak lima.hehe..