iklan

Followers

Pages

Saturday, 26 March 2011

Kunjung mengunjung amalan mulia

Nampak tak blog list baru kat bawah dengan tajuk "Kunjungan Selalu"? Inilah senarai blog yang rasa macam nak terjah hari-hari je. Kalau tak hari-hari pun mesti nak jenguk juga sekurang-kurang seminggu sekali. Itu kalau aku dah busy sangat dengan kerja dan anak-anak le. Busy le konon!

Senarai tu aku kena semak balik sebab mungkin ada yang aku tertinggal juga. Kadang-kadang aku confuse bila nama panggilan yang depa selalu taip kat komen tak sama dengan nama blog. Macam blog Salam Borneo (Ummiross), ALL IN ONE (nur), Dunia Aku Ibu Muda (Wanee),~Erti Kehidupan~ (Ujang), nEscaFe+MilO (JIJI YU), Catatan Dari Deutschland (sitiezahim),lens@ jingg@ (manueng) dan ramai lagilah. Kadangkala aku tertukar jugak la.. macam cinta hingga ke syurga (laili), Syurga Itu Indah (Muhammad Burn) dan Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga (myvitrd).

Biasalah kalau lebih kerap up-date maka lebih keraplah kita nak menjenguk blog tu. Apa pun ikut kesesuaian diri masing-masing. Jangan dipaksa sangat hingga kerja lain tak siap pulak nanti. Pandai-pandailah nak 'adjust' masa korang.

Terima kasih pada yang sudi mengunjungi aku hari-hari!

p/s : Ngantuk le pulak bila tengok hubby dah terlelap selepas tidurkan baby Arif dalam buai. Untung dapat laki camnikan! Apa nak bosan-bosan sangat dengan suami. Bacalah entryPahala menggatal dengan suami!

6 comments:

Hafzan Sarah said...

eh..blog sy pun tersenarai dalm list tu..hehe.thanks akak.
blog akak pun slalu sy mai, kalo tak hari2..wajib tiap2 minggu.hehe

entri terbaru:
Kisah Cinta Pertama Aku

Cubaan Bunuh Diri Di KB MALL

Aku Ibu Muda said...

thanks sis! wani pun selalu juga singgah di sini, tp jarang dapat peluang nak berlama-lama...kadang nak tinggal jejak pun tak sempat :)

Ezal R said...

biasa la.. kunjung mengunjungkan amalan mulia... hehe.. kalau mengunjung dari rumah ke rumah lagi mulia..kan2?

:P

mama tims said...

kak..tq ye blog sya pon ada dlm blog list akak..nanti saya nak kunjung dan terjah bsp pulak leh ke..hehe..

siti norlaili yusof said...

terkejut tgk blog saya ada dlm senarai akak. terima kasih ye sbb sudi follow blog saya tu.

sememanggnya kunjung mengunjung tu amalan mulia.. :)

Amirudy Mazlan said...

Salam, salam..

Tima kasih kak krn sudi jenguk blog saya.

Ni dtg membalas kunjungan ke rumah akak plak :-)

Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, tetamu yg datang itu membawa seribu rahmat..