iklan

Followers

Pages

Wednesday, 9 March 2011

Nilai-nilai murni dari rumah?

Aishah, anak sulung aku bertanya aku tentang rencana yang perlu dibuatnya :

Aishah : Mama! 800 perkataan tu banyak ke?

Mama : Banyakkk..!

Aishah : Mana nak cari idea?

Mama : Apa tajuknya?

Aishah : Mmm.... apa ye? Nilai-nilai murni! Lebih kurang macam tu lah!

Mama : Apalah kakak ni! Tajuk pun tak ingat! Camner nak buat? Sebab tu mama dah banyak kali pesan, jangan dok beli majalah bukan-bukan! Belilah majalah Dewan Siswa ke apa yang ada banyak artikel dalam tu!

Aishah : Alaa... tak dengarlah! (Membebel pulak mak aku ni!). Boleh ke kita kata nilai murni kena bermula dari rumah?

Mama : Eh! Mestilah! Macam nilai-nilai murni yang mama terapkan dalam rumah ni!

Tiba-tiba berderai aku dan Aishah ketawa!

Aishah : Adoi! Tak larat akak dengar!


Pelik gamaknya apasallah aku dengan Aishah ketawa. Aishah tu perli aku sebab kalau kat rumah ni aku garang juga. Kadang-kadang aku yang terlebih main game kat facebook. Bila bosan boleh ajak anak-anak pergi tengok wayang, makan-makan sambil lepak-lepak. Mengumpat orang pun iye juga! Itu le sebabnya... serupa macam cakap tak serupa bikin laa...

Macam semalam, aku dah pokai. Cuma ada RM10 je dalam wallet. Camner ni kak? Dia pulak yang ajak aku makan kat Kompleks PKNS Bangi.."Akak belanja mama!". Eceh! Budak sekolah belanja aku makan. Ni ada niat nak suruh ganti balik le ni! Tau le trick dia!

Itulah aku dengan Aishah, anak sulung aku yang dah boleh berbual macam kawan je. Dia tak mudah kecil hati pun bila aku marah. Aku pun tau macam mana nak pujuk dia. Lebih kurang macam aku juga, mana reti merajuk lama-lama. Aku kata orang yang merajuk lama-lama ni rugi besar! Hilang nikmat dunia! He..he..!

12 comments:

NisaAdnan said...

haha sweet je ank branak ni. Heeee~

Siti Hajar Masri said...

dah macam kawan baikkan..:)

Hanis Azla said...

ha..ha.. gelakkan diri sendiri yer kak.. bestlah bila boleh jd geng dgn anak2.. jdnya dia org pun boleh bercerita apa saja dgn kita kan.. wah aishah belanja mama yer.. bila nak belanja auntie plk.. he..he.. saya time sekolah dulu mmg faveret dewan siswa tu..

ummiross said...

sekali sekala nak merajuk juga, nak merasa di pujuk..

Novelgurl said...

Salam..wah ! best ;D
x de la nnti ank lari..ehe..

Adzriel AB said...

NisaAdnan : hobi suka gurau2.

Adzriel AB said...

Siti Hajar Masri : baik sikit je..he..he..

Adzriel AB said...

Hanis Azla : betul.. perasan bagus tu hanis. aishah kata boleh..tapi duit mama!

Adzriel AB said...

ummiross : meh sini saya pujuk ummiross. mesti tak jadi merajuk.

Adzriel AB said...

Novelgurl : ha..ha.. mamanya lari lagi laju dari anaknya.

fadhdeela said...

alah2 tomey nyer!! deela nak jd anak angkat akak la! leh2 hihi

Meh singgah: Anda Stress!! Meh Baca nie!!

Adzriel AB said...

fadhdeela : boleh deela tapi telinga kena tahan le dengar leteran akak ni.. he..he...