iklan

Followers

Pages

Sunday, 13 March 2011

Perasan sungguh!

Selama ni aku mengadap PC yang membisu seribu bahasa sebab tak ada speaker. Kalau pasang speaker pun tak guna juga sebab ada file untuk speaker yang miss masa aku format last year. Entah apalah budak tu buat. Aku pulak malas nak angkut balik ke kedai.

Laptop aku pulak si Aishah dah buat macam harta sendiri. Aku suka pakai PC sebab monitor besar. Keyboard pun tak senang nak cari key 'delete', 'backspace' dan nombor-nombor kat sebelah kanannya.


Semalam PC bisu aku kena virus lagi. Tak boleh nak buka internet. Aku hantar ke kedai komputer dekat rumah aku untuk reformat. Aku ambil le peluang suruh budak tu install balik file speaker. Bila balik rumah, soket speaker pulak tercabut satu pin.. ganas betul. Suruh beli baru le tu. So pakai earphone je la!

Sambil menaip, aku try le 'on' lagu yang ada di entri lama aku kat sini. Sajalah ikut liriknya dengan anak aku si Azri. Selepas tu bila habis lagu tu, aku klik blog Sekamar Rindu. Aku klik juga blog-blog lain yang ada lawat aku hari ni ; Ummiross, Rinie, Zealot, Sembangkosong, Kak Ied, kiko, Incek Fik.

Dengan lekanya aku terus mendengar lagu tu berterusan sedangkan aku rasa pelik juga sebab aku tak setkan lagu tu berterusan pun kat blog aku. Kalau pembaca nak dengar kenalah klik 'play'.

Tiba-tiba bila aku pangkah je blog Sekamar Rindu, lagu terhenti. Eh! Aku buka semula blog tu, ada semula lagu tu. Ha..ha.. aku tertipu rupanya. Perasan sungguh lagu yang main kali kedua dan seterusnya dari blog aku, rupanya dari blog awak ye Sekamar Rindu. Lepas ni hari-hari le saya terjah blog awak ye..he..he..


p/s : Semasa menaip ni pun tengah dengar lagu tu dari blog Sekamar Rindu. Best!

6 comments:

kyo_9 said...

mahal x kalo hantar PC ntk reformat?

sekamar rindu said...

salam.....

terima kasih...kerana singgah komen di blog picisan saya tu...lagu Ribaibaru..merupakan lagu yg best..kira memberi semangat untuk saya selalu update blog..

hehehe...dialu-alukan..:))) singgah lah selalu..

ummiross said...

Sedap lagu tu kan...
...and thanks Adzriel.

Adzriel AB said...

kyo_9 : mahallah jugak... dalam RM50.

Adzriel AB said...

sekamar rindu : kalau up-date selalu, insyaallah saya singgah sebab boleh nampak di bloglist saya.

Adzriel AB said...

ummiross : utk ummiross tersayang...ecehhh..