iklan

Followers

Pages

Monday, 14 March 2011

Tetamu tidak diundang membawa bala

Jiran aku baru sampai rumah nak masuk parking. Aku pulak baru nak tutup pagar. Macam biasalah angkat tangan "mana remote hang?" aku tanya kat dia. Ha..ha.. saja bergurau tanya remote pintu pagar la. Dia jawap "kita pakai manual je la!". Samalah dengan aku ni, manual je la nak buka dan tutup pintu pagar. Belum ada modal nak buat 'auto gate' yang boleh pakai remote control je kalau nak buka tutup pagar. Terasa susahnya bila hujan le. Kuyup le sementara nak buka pintu pagar tu.


Masa tinggal kat kampung dulu semua tingkap di buka, kadang-kadang pintu bertutup pun sebab takut ayam masuk. Rumah pun memang tak berpagar. Aman dan tenang aje. Siap boleh lena tidur di siang hari lagi.

Sekarang ni jangan di buat le. Kalau nak terlelap pun kena pastikan pintu bertutup walau duduk kat kampung. Kebanyakan rumah pun dah pakai tingkap kaca yang sekeping-sekeping bersusun macam ni. Susah juga orang nak masuk. Kena pecahkan le, kena pulak yang ada palang besi.





Bila dah tinggal di bandar ni janganlah nak peramah biarkan pintu pagar terbuka luas. Pintu rumah pun terbuka juga. Elok nak bagi udara masuk tapi ada tetamu yang tak undang menjengah membawa bala. Itu yang hubby aku bagitau. Berita tu keluar dalam TV3 katanya. Perompak dengan selamba buka pintu pagar yang bertutup tetapi tak berkunci pun. Mereka terjah masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci juga. Menakutkan aje. Sebab tu hubby selalu berpesan kunci pintu pagar. Hati-hatilah.

8 comments:

ummiross said...

takutkan dengar cerita2 camtu, ummi pn pagi2 duk sorang2,kadang2 rasa takut jgk,pintu grill selalu kunci

Anisa Hang Tuah said...

okei.pasni kena sentiasa hati2 yee

GiveAsh said...

sayalah tetamu tak di undang..assalamualikum..

Adzriel AB said...

ummiross : hati2 tu lebih baik.

Adzriel AB said...

Anisa Hang Tuah : betul

Adzriel AB said...

GiveAsh : wa'alaikumussalam... tak pe! tetamu blog sentiasa dialukan.

Puan Kutu said...

kt kmpg dulu bukak je pintu luas2..skang takble dh kan..

Adzriel AB said...

Puan Kutu : samalah kita. semua pintu terbuka je.. sekarang tak de rasa safe.