Sejak zaman sekolah dulu pun memang aku tak suka menyambutnya. Tak minat betul aku mengenakan orang lain dengan lawak bodoh dan kemudian mentertawa orang yang terkena tu. Kadang-kadang dari elok-elok berkawan boleh jadi musuh. Masa tu aku tak tahu lagi kisah di sebalik sambutan 'April Fool' ni.
Korang bacalah kisah di sebalik tabirnya di blog kawan kita dalam entrynya tahun lepas je. Cukup menyakitkan hati aku : Apa itu 'April Fool'? Ada juga penerangan dalam majalah Mastika keluaran April 2011 di pasaran sekarang.
Aku merayu pada yang pernah menyambutnya dan yang berhajat nak meraikannya agar segera niat itu dibatalkan. Andai ada kasih dan cintakan Islam, mengabaikan sambutan 'April Fool' itulah yang terbaik.
Malang sungguh andai ada suami yang jahil suka-suka menyebut perkataan cerai talak 3 terhadap isterinya. Menangis pun tak guna! Orang lain ambil alih le isteri awak tu. Lebih cantik kalau ambil alih forever! Konon-konon nak meng'April Fool'kan isteri dia, tapi dia yang terkena.
Jangan cari pasal nak mengenakan orang lain dengan mengatakan salah seorang insan yang dia sayang telah meninggal dunia. Silap-silap ada yang lebam bijik mata bila dah tahu kebenarannya nanti.
Tidak kira bergurau kasar atau pun suam-suam kuku aje, tapi kalau semata-mata nak sambut 'April Fool' tu elok batalkan saja. Bila kita meraikannya samalah seperti kita menyokong 'Foolish Day' yang telah menyebabkan pembunuhan beramai-ramai ke atas saudara Islam kita oleh tentera Salib yang kejam di Granada, Sepanyol suatu ketika dulu.
Tajuk Mat Salih, isi Melayu! Sorrylah ye!
p/s : Aku memang tak suka rancangan Bang! Bang! Boom!
9 comments:
tu la mmg tak suka.dok ikut apa ntah April fool nie..mmg tak reti nak terima smbutah hari april fool tu..
dulu waktu sekolah, yann ada sekali dok kenakan kwn masa 1 april. waktu tu, naif dan jahil sungguh. langsung tak tau april fool tu apa. yg yann tahu, april fool tu tarikh untuk kenakan kawan2. kalo fikir2, mmg tak elok sungguh nak buat naya dan kenakan kawan-kawan kan? hoho.
btw, thanks for sharing this info bro! :D
Memang betul, bila dah tahu, perlulah disebarkan maklumat ini pada yang tak tahu
tak suka jugak bang!bang! boom!, kesian kat yg terkena..
** sori akak. terpanggil bro pulak. :|
memang tak suka April fool. rancangan pekena2 orang tupun tak pernah tengok, tak suka langsung. apa yg seronok sangat mengenakan orang pun tak taulah.
tau xpe..xsuka jugak kalo org kena kan masa april fool..suka sgt ikutt budaya luar!!!!
Meh sini: Tips: Hubungan Cinta Jarak Jauh!!
Sini jugak: Hotel2 kat Port Dickson!
mak aih...ade jugak ke yg 'buat lawak' sampai lafaz cerai talak 3 tu? bengong gile....hadoi~
Cukup tak suka diperbodohkan dan memperbodohkan orang lain. Pantang sungguh rasanya.
Post a Comment